Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ

Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ
link : Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ

Baca juga


Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ


Syabas kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kerana membenarkan himpunan anti-kleptokrasi diadakan di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi beberapa alasan untuk tidak membenarkan himpunan itu diadakan di situ :

1) Pihaknya menerima empat laporan daripada penduduk sekitar.

Tetapi Datuk Bandar telah berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat.

2) Kedudukan Padang Timur  tidak sesuai untuk perhimpunan besar kerana hanya boleh memuatkan 10,000 peserta.

Tetapi Presiden Amanah Mohamad Sabu yang banyak pengalaman mengepalai himpunan-himpunan besar percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.

3) Himpunan di Padang Timur menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk dan lokasi itu juga begitu hampir dengan laluan keluar masuk Lebuhraya Persekutuan.

Tetapi Datuk Bandar menjanjikan  pihaknya akan menjaga kelancaran trafik. MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik.

Maka tidak ada alasan bagi KPN Tan Sri Fuzi Harun untuk menghalang himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi”  di situ.

Malah beliau sendiri turut mengakui mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, polis tidak ada kuasa menghalang ia berlangsung.

Tapi yang paling menarik tagline Datuk Bandar : Kita pemilik tanah itu!

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini membenarkan penganjur tunjuk perasaan anti-kleptokrasi berhimpun di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.

 “Kita tiada halangan. Kita beri kebenaran kepada penganjur untuk adakan di Padang Timur. Jadi tidak ada isu dengan kita. Kita pemilik tanah itu,” kata Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kepada pemberita, selepas Majlis Apresiasi Inovasi 2017 di Shah Alam hari ini.

 “Malah program itu nak adakan perniagaan atau nak buka gerai…kita benarkan. Kita bagi permit,” tambahnya. 

Semalam, polis berkata pihaknya tidak mengeluarkan permit kepada Pakatan Harapan yang mahu menganjurkan tunjuk perasaan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur susulan bantahan penduduk setempat. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mencadangkan penganjur supaya berhimpun di Stadium Kelana Jaya, kerana Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta. Presiden Amanah Mohamad Sabu percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.

 Azizi berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat. “Tidak ada. Semua tidak ada,” katanya.

 Beliau juga berkata MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik. 

“Oleh kerana Padang Timur itu kawasan kita, kita akan pastikan penguatkuasa akan jaga lalu lintas.”  Baca lagi  di sini


Demikianlah Artikel Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ

Sekianlah artikel Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/ini-tanah-kami-tiada-masalah-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :