Judul : ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR
link : ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR
ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR
Isu pembelian Wisma Tokguru di Salor secara senyap oleh individu yang menjadi alat kepada parti agama atau parti PDMP terjawab malam ini dari mana individu berkenaan mendapat wang sebanyak RM700,000 untuk membeli bangunan itu. Ia dikatakan ada kaitan dengan kelulusan tanah seluas 5,500 ekar di Kuala Pahi daerah Kuala Krai milik Akademi Yakin di mana Mohd Amar Nik Abdullah menjadi pengerusinya.
Tanah itu yang diluluskan oleh kerajaan kepada Akademi Yakin itu telah dijual kepada tiga buah syarikat yang dipunyai oleh orang sama untuk dimajukan sebagai ladang komersial. Penjualan tanah berkenaan oleh Akademi Yakin itu juga tanpa tander sesuatu yang merugikan dan seolah-olah ia satu penyamuan harta negeri.
Perkara ini didedahkan oleh Husam dalam majlis DIKEKO (dialog kedai kopi) yang berlangsung di Lakloh berakhir sekejap tadi. Majlis itu mendapat sambutan khasnya di kalangan penduduk setempat. Turut sama hadir Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dr Samsul Adabi Mamat dan Wan Azlan.
Menurut Husam beliau mendapat tahu ada wakil rakyat yang menerima RM700,000 hasil penjualan tanah berkenaan yang dipercayai digunakan untuk membeli Wisma Tokguru dengan tujuan memalukan Amanah.
Sesuatu yang mengecewakan, berhampiran tanah yang dijual itu juga terdapat jeram yang menjadi kawasan perkelahan di mana ekosistem akan rosak apabila tanah itu dimajukan. Dalam tinjauan Husam ke kawasan berkenaan juga mendapati terdapat banyak kayu balak di situ.
Dipercayai tujuan pembelian tanah berkenaan mempunyai serampang dua mata, di mana, mata utamanya syarikat berkenaan mahu mengeluarkan balak. Kelulusan tanah seluas 5,500 ekar itu kepada Akademi Yakin juga seakan ia dirancang oleh orang politik sebelum ia diluluskan. Trims. ~ sumber
Sementara itu, aktivis Syam Ghaz mendedahkan kawasan balak baru tersebut berhampiran sempadan Kelantan-Terengganu.
Menurutnya, kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut dipercayai akan memusnahkan Air Terjun Lata Berangin, yang merupakan kawasan tadahan air untuk penduduk setempat akan terjejas teruk.
Beliau gusar dan menyatakan kesal kerana akibat aktiviti tersebut, Kelantan akan hilang satu lagi destinasi pelancongan menarik selepas Air Terjun Dakota disondol kini!!
Menurutnya, kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut dipercayai akan memusnahkan Air Terjun Lata Berangin, yang merupakan kawasan tadahan air untuk penduduk setempat akan terjejas teruk.
Beliau gusar dan menyatakan kesal kerana akibat aktiviti tersebut, Kelantan akan hilang satu lagi destinasi pelancongan menarik selepas Air Terjun Dakota disondol kini!!
Demikianlah Artikel ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR
Sekianlah artikel ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/isu-pembelian-wisma-tok-guru-terbongkar.html