MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ

MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ
link : MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ

Baca juga


MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ

gambaq tak ada kena mengena dgn cerita..... 
1. Termendengar kuliah agama seorang ustaz dari Kodiang (baca Kokdiang) yg membalas kritikan Mufti Perlis berhubung isu pusat tahfiz yg mengabaikan aspek keselamatan sehingga menyebabkan korban nyawa, terasa seperti bukan termendengar kuliah agama, tetapi termendengar maki hamun agama. 

 2. Jika fokus ustaz itu ialah menghuraikan hadis (?) berkaitan galakan menghormati ulama, hurailah secara ilmu, beretika dan menghormati pendengar kuliahnya. Jika nak jawab komentar Mufti Perlis dalam isu itu, jawablah juga secara berhemah dan profesional. 

 3. Jika Mufti Perlis punya hak utk mengkritik, pihak yg terlibat punya hak utk menjawab. Saya tidak nampak sebarang kejelekan dalam kritikan Mufti Perlis dalam isu ini. Justeru mengapa perlu direspon dgn mengungkit perkara lama yg tiada kaitan dgn isu, meremehkan keluarga dan menyerang peribadi secara keterlaluan? Jawab isu yg berbangkit cukuplah. 

 4. Dalam banyak hal, kritikan Mufti Perlis terhadap pusat tahfiz dan pengusahanya adalah benar. Pusat tahfiz terabai aspek keselamatan, tapi pengusahanya pakai VW model baru. Bukan salah pakai VW, tapi seiringkan life style pengusaha yg pakai VW dgn langkah keselamatan anak-anak tahfiz. Itu saja isunya. 

 5. Paling penting, teknik menjawab kritikan jangan sampai membuka peluang kpd kritikan yg baru. Jika cara menjawab kritikan seperti yg ustaz itu buat, persepsi awam terhadap kredibiliti pusat tahfiz dan pengusahanya semakin merudum. Orang akan kata, jika begitulah gaya (akhlak) pengusaha pusat tahfiz, mampukah mereka mendidik anak-anak tahfiz berakhlak mulia? 

 6. Sepatutnya pengusaha pusat tahfiz menerima kritikan Mufti Perlis dgn lapang dada. Bahkan, saya sarankan supaya pengusaha pusat tahfiz mengadakan hubungan atau MOU dgn pusat pengajian yg diusahakan oleh Mufti Perlis dan rakan-rakannya melalui langkah perkongsian pintar. 

 7. Pengusaha pusat tahfiz mesti akur, pusat tahfiz mereka banyak, bahkan sangat banyak kelemahan yg mesti diperbaiki. Bukan saja prasarana fizikal, tetapi pelbagai aspek lain terutama pedagogi pendidikan. Pusat tahfiz tidak boleh bergayut pada dahan agama, kemudian menarik sentimen orang ramai utk bergayut pula pada dahan mati syahid utk memperjudikan nyawa dan masa depan anak-anak. 

 8. Anak-anak adalah harta negara, agama dan umat. Kudrat, potensi dan nyawa mereka tidak seharusnya diperjudikan utk memenuhi keghairahan pengusaha pusat tahfiz yg punya agenda tersendiri yg kadang-kadang berselindung di sebalik nama tahfiz al-Quran. Memang ada pengusaha tahfiz yg tulus, jujur dan punya tujuan terpuji, tapi tak boleh dinafikan ada yg bertujuan sebaliknya. 

 9. Diharap, pengusaha pusat tahfiz menerima teguran (kritikan tajam, pedas, pedih...) mufti Perlis secara positif. Pengusaha pusat tahfiz mesti membuktikan secara praktikal, bukan secara sumpah seranah, bahawa pusat tahfiz mereka tidak seperti yg dikritik oleh Mufti Perlis, dan lebih baik drpd pusat pengajian yg beliau dan rakan-rakannya usahakan. 

 10. Juga diharap, masyarakat berani utk mengkritik institusi agama termasuk institusi tahfiz, masjid, jabatan agama, jabatan mufti sekiranya institusi sebegitu juga memberi imej dan persepsi kurang baik kpd agama. 

 11. Agama ini milik semesta alam, bukan milik mufti, jabatan agama, pusat tahfiz atau agamawan. Rahmat agama tiada sempadannya. Agama bak hujan yg menyirami apa dan sesiapa saja tanpa pilih kasih. Jika sayangkan agama, berilah hak kpd agama utk menjadi rahmat bukan menjadi candu kpd umat. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Demikianlah Artikel MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ

Sekianlah artikel MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/mufti-perlis-vs-pengusaha-pusat-tahfiz.html

Subscribe to receive free email updates: