Judul : AMANAH Gopeng/ Batu Gajah bantu Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir
link : AMANAH Gopeng/ Batu Gajah bantu Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir
AMANAH Gopeng/ Batu Gajah bantu Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir
DS Nizar bersama keluarga yang terpinggir Paling kanan ialah Pn Zaniza |
Kerja gotong royong ini kami mulakan di awal pagi dengan mencantas dahan-dahan pokok kayu yang telah terbiar tumbuh liar dan mereput.
Kerja-kerja mengangkut sampah untuk pelupusan |
Kisah pilu dan mnyanyat hati yang menimpa keluarga Pn Zaniza ini mendapat perhatian kami adalah ekoran kunjungan DS Nizar bersama beberapa ahli Amanah Gopeng melakukan Ziarah Kebajikan ke Taman tersebut pada 9 Nov (Khamis) yang lalu.
Sudah menjadi routin bagi DS Nizar berombongan melakukan Ziarah Kebajikan di sekitar kawasan Dun Sungai Rapat di setiap minggu.
Rombongan DS Nizar berasa sangat terharu dan bersimpati apabila mengetahui nasib malang yang telah menimpa keluarga Pn Zaniza yang rumahnya terletak bertentangan dengan surau di taman itu.
Malang menimpa keluarga Pn Zaniza sejak suaminya dihukum penjara dan baru sahaja dibebaskan namun masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Baru-baru ini pula si suami telah terlibat dalam satu kemalangan kecil menyebabkan kakinya patah.
Di tempat pelupusan sampah |
Bayangkanlah betapa peritnya hidup keluarga ini tanpa bekalan air dan letrik. Tentu kita sendiri pernah merasakannya apabila bekalan air rumah disekat sementara sewaktu kerja-kerja pembaikan dilakukan kerana kebocoran, umpamanya.
Kelihatan Surau al-Falah yang berhampiran |
Kita juga tentu pernah mengalami bekalan letrik yang tiba-tiba terputus di tengah malam. Kita menjadi gelabah tidak ketahuan, kerana ekon, kipas dan tv tidak berfungsi...
Dapatkah kalian bayangkan betapa selama 4 tahun Pn Zaniza bersama anak seramai 6 orang hidup dalam keadaan yang serba serbinya kekurangan seperti ini?
Menurut Pn Zaniza, mereka pernah mengambil air dari surau di sebelah rumah mereka tetapi orang surau telah melarang dan tidak benarkan mereka mengambil air di situ.
Malang sunggoh nasib keluarga ini kerana orang-orang surau yang sepatutnya celik agama tetapi langsung tidak ambil peduli nasib malang yang menimpa keluarga ini walaupun berada di sebelah surau mereka.
Surau ini hanya di seberang jalan rumah Pn Zaniza
|
Surau di taman ini turut mengingatkan saya ke era tahun 90-an yang lampau. Keadaan strukturnya masih tidak banyak berubah. Saya pernah membawa YB Dato Mahfuz berceramah di surau ini dahulu. Surau ini juga mengembalikan kenangan saya kepada Allahyarham Sdr Alias, aktivis Pemuda Pas yang seangkatan dengan Sdr Rahim Cheng, Ketua Amanah Tapah.
Mereka hanya berbekalkan pelita yang malap menemani mereka di waktu malam dan mereka mendapat bekalan air untuk keperluan seharian dari jiran sebelah rumah yang besimpati.
Pn Zaniza menerima bantuan RM400/ daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM250/ sumbangan daripada Baitul Mal.
Surau al-Falah jelas kelihatan di seberang jalan |
Disamping bantuan yang diterima itu, Pn Zaniza gigih berusaha dengan mengutip barangan lusuh untuk dijual bagi menampung perbelanjaan untuk menyara kehidupan keluarganya.
Diatas sifat peri kemanusiaan, kami merasakan tidak tergamak membiarkan keperitan hidup keluarga ini mengancam masa depan 6 anak-anak mereka yang masih kecil.
Terima kasih kepada sukarelawan Amanah Gopeng/Batu Gajah! |
Tiga orang anak sedang dalam alam persekolahan dan tahun hadapan ditambah seorang lagi yang akan masuk darjah satu. Anak-anak ini tidak dapat menyertai sekolah agama rakyat berhampiran kerana keluarga tidak mampu membayar yuran persekolahan.
Lantaran itu, Parti Amanah Gopeng bersama Batu Gajah telah melancarkan Program Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir bagi membantu keluarga malang tersebut.
Kutipan derma di kalangan ahli dilancarkan dan alhamdulillah keluarga ini telah dapat menikmati semula bekalan letrik dan air setelah tunggakan bil letrik dan air serta kos pemasangan semula telah dibantu oleh AMANAH Gopeng dan Batu Gajah.
Sedikit ucapan dari DS Nizar sebelum meneruskan dengan bacaan doa kesyukuran |
Anuar Ibrahim PIC Gotong Royong |
Sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan Program Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir ini, setelah selesai kerja-kerja pembersihan kawasan rumah tersebut, satu majlis ringkas kesyukuran dan doa selamat telah diadakan di sebelah tengahari semalam.
Terima kasih kami kepada Sdr Anuar yang telah berjaya mengelelokan majlis tersebut terutamanya kerana menaja katering sarapan pagi dan jamuan tengah hari untuk kami semua.
Terima kasih kami kepada Sdr Anuar yang telah berjaya mengelelokan majlis tersebut terutamanya kerana menaja katering sarapan pagi dan jamuan tengah hari untuk kami semua.
Demikianlah Artikel AMANAH Gopeng/ Batu Gajah bantu Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir
Sekianlah artikel AMANAH Gopeng/ Batu Gajah bantu Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AMANAH Gopeng/ Batu Gajah bantu Membina Semula Keluarga Yang Terpinggir dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/11/amanah-gopeng-batu-gajah-bantu-membina.html