KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN

KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN
link : KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN

Baca juga


KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN

Berikut adalah mesej Sdr Rafizi Ramli, 3 Disember 2017 :

 Esok (Isnin, 4 Disember 2017) saya akan masuk kandang saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes BAFIA akibat pendedahan skandal NFC satu ketika dahulu.

 Perbicaraan di pihak pembelaan bermula esok (di Mahkamah Sesyen 6 Shah Alam, Tingkat 8 jam 9 pagi) dengan saya menjadi saksi untuk membela diri. Kes ini dibicarakan dihadapan hakim mahkamah sesyen Zamri Bakar dan pendakwaan oleh Lailawati Ali dan Steve Chin. Saya dibela secara percuma oleh sahabat-sahabat baik saya Ahmad Nizam Abdul Hamid dan Falihin Kamil Mohamed Sazali.

 Saya dituduh membocorkan maklumat sulit perbankan Dato' Seri Salleh Ismail dan syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil (Ketua Wanita Umno) yang melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan.

 Jika didapati bersalah, saya boleh didenda sehingga RM3 juta dan dipenjarakan sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

 Saya adalah orang pertama yang dituduh di bawah seksyen BAFIA mengenai kerahsiaan perbankan ini.

 Skandal NFC adalah skandal pertama yang menemukan saya dengan rakyat Malaysia. Skandal ini juga meyakinkan saya perlunya saya menghulurkan leher saya untuk disembelih jika itu harganya agar rakyat tidak lagi boleh dilembukan.

 Semangat itu yang mengajar saya pasrah menerima risiko membolehkan saya menyiasat dan membongkarkan kesemua skandal-skandal besar lain, dari 1MDB kepada skandal kewangan Tabung Haji, MARA, LTAT, Felda, salah guna geran penyelidikan dan banyak lagi. 

 Saya hanya minta saudara-saudari yang faham dan bersetuju bahawa inilah amanah yang saya pikul, untuk terus berdoa agar saya melalui ujian Allah ini dengan tenang dan senyum, seperti mana saya telah berjaya melalui yang sebelum-sebelum ini hingga ke hari ini.

 Hidup kita hanyalah satu lukisan kain putih yang panjang, warna-warninya ditentukan bagaimana kita melalui ujian yang Allah tetapkan untuk kita: ujian untuk menguji prinsip kita, keberanian kita berkata benar, kecekalan kita walau semua mencaci kita, ketenangan kita kerana kita tahu Allah Maha Melihat semunya.

Rafizi Ramli


Demikianlah Artikel KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN

Sekianlah artikel KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KES BAFIA MASUK PERINGKAT AKHIR, HUKUMAN DALAM BEBERAPA BULAN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/kes-bafia-masuk-peringkat-akhir-hukuman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :