Orang pelik kata orang lain pelik!

Orang pelik kata orang lain pelik! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang pelik kata orang lain pelik!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang pelik kata orang lain pelik!
link : Orang pelik kata orang lain pelik!

Baca juga


Orang pelik kata orang lain pelik!

Oleh Hanipa Maidin


1. Ada seorang pemimpin parti suci nampaknya rasa pelik dgn Tun M. 

2. Antaranya dia pelik bila Tun M mahu DSAI dibebaskan drp penjara. 

3. Dia juga pelik sebab dia kata dulu Tun M angkat MO1, skrg dia lawan MO 1.

  Komen sikitlah 

a. Lebih pelik lagi parti yang banyak lakukan benda pelik, dia pulak kini rasa pelik. 

b. Saya rasa mamat ni mungkin juga rasa pelik macam mana masa zaman jahiliyyah Syaidina Umar r.a misalnya kuat lawan Nabi s.a.w., lepas tu boleh jadi antara sahabat rapat Rasulullah s.a.w. 

c. Lagi amat pelik orang yang masih dalam parti pembangkang tapi selalu bagi " nyawa" kpd parti MO1 yang perintah. 

 d. Lagi pelik bila Amerika melalui DoJ nak bantu rakyat negara ni rampas harta drp kleptokrat 1MDB yg ada kaitan dgn MO1 utk pulangkan "wang rompakan" kpd rakyat Malaysia, Presiden parti dia kata tindakan DoJ campurtangan asing. 

e. Ya, dulu Tun M sokong dan angkat MO1 sebab Tun M masa tu dlm Umno dan dia ingat MO1 ok. Bila dia sedar MO1 ni teruk dan selalu Tun M sebut yg MO1 adalah "lanun" atau "perompak," maka Tun M kini lawan habis-habisan MO1 sampai tubuh parti baru. Itu bukan pelik sdr,..itu menunjukkan Tun M insan ada maruah. Yang peliknya, yang parti sdr selalu sgt nak bagi " nyawa" kat MO1, apa hal? 

 f. Ya, dulu Tun M memang terlibat dalam kes DSAI sebab masa tu dia kata dia yakin DSAI bersalah meskipun ramai orang yakin DSAI tak bersalah. Tapi, jgn lupa yang DSAI masuk penjara skrg ni bukan kerana Tun M. Yang skrg ni berlaku zaman MO1- pemimpin yang pemimpin parti kamu selalu bagi " nyawa". Dulu pemimpin kamu pernah tulis buku tentang qazaf - kerana membela DSAI tapi bila DSAI dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di KL, penulis buku qazaf tu dan kamu pun x turun . Tak bising pun pemimpin yg tulis buku qazaf tu bila peguam berpangkat Tan Sri buat "road show" hentam Anwar hingga pernah tuduh DSAI dgn tuduhan yang termasuk dlm kategori qazaf..Yb tu langsung x bela DSAI dlm Parlimen atau di luar. Yang bela DSAI masa tu kini semua dah masuk Amanah.Saya tahulah sebab saya salah seorang drp mereka.

 Kesimpulannya yang parti hang lagi byk benda pelik dan ajaib. So, janganlah anggap orang lain pelik..peliklah kamu ni!

Komen Dari Blog Shahbudin :

Sejak Pas berpeluk mesra dengan UMNO, parti yang pernah dituduhnya taghut dan assabiyah, parti itu tidak dinafikan telah menjadi parti yang pelik.

 Tak pernah-pernah berpakaian macam pahlawan Melayu lama dengan keris terselit di pinggang dan sekian lama menyatakan apa saja yang berciri bangsa adalah assabiyah, Pas akhirnya dengan seronok dan bangga dapat memakainya.

 Selama ini selalu tampil biasa berjubah saja, tiba-tiba sanggup berbaju Melayu merah jambu semata-mata untuk kelihatan sedondon dengan Najib Razak yang memakai pakaian sama.

 Orang lain bangga dapat membentangkan usul di Parlimen, Pas sebaliknya asyik menangguh-nangguhnya beberapa kali, malah membentangkan di Padang Merbok lebih menjadi mainan di bibir mereka.

 Bertanding 100 kerusi dan menyasarkan menang 40 daripadanya, Pas tetap berangan-angan mengatakan kerusi Perdana Menteri adalah milik mereka.

Najib yang mahu dijatuhkan oleh Tun Mahathir, tapi Pas yang lebih gelabah dan susah hati.

Terbaru, kata seorang pemimpin Pas, lebih banyak benda-benda pelik akan dilakukan oleh Tun Mahathir untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya akan datang.

 Pelik sungguh Pas ini, pelik dia sendiri dia tak nampak, tapi pelik orang lain yang belum berlaku pula boleh dia jangkakan. 

Untuk pelik yang lain-lain, apa kata kita baca ulasan seterusnya seperti di bawah ini.  


Demikianlah Artikel Orang pelik kata orang lain pelik!

Sekianlah artikel Orang pelik kata orang lain pelik! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang pelik kata orang lain pelik! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/orang-pelik-kata-orang-lain-pelik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :