Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam

Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam
link : Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam

Baca juga


Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS tidak pernah berdendam dengan sesiapa dan buktinya tindakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Sebagai manusia, memang kita tidak sunyi dari salah silap. Namun apa yang penting ialah tidak mengulangi kesilapan, melakukan perubahan dan bertaubat terhadap kesalahan lampau.
 
"Namun dalam urusan taubat, ia adalah urusan seseorang itu dengan Allah dan sekiranya melibatkan manusia, dia perlu memohon maaf kepada mangsa yang terlibat.
 
"Tindakan tuan guru presiden PAS memaafkan Tun Dr Mahahir Mohamad membuktikan PAS tidak pernah berdendam dengan sesiapa dan sedia memaafkan kesilapan lampau," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
 
Dr Mahathir sebelum ini menuduh Hadi sebagai ‘pengkhianat dan sedang mengkafirkan diri sendiri’. 
 
Gelaran itu menyusul susulan Hadi mengisytiharkan parti pimpinannya akan bertanding di lebih 130 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
Hadi dalam reaksi balasnya berkata Dr Mahathir bersikap melampau namun beliau memaafkan bekas perdana menteri 22 tahun itu.
 
"Antara saya dan dia saya maafkan. (Antara) dia dan tuhan, dia kena bertaubat.
 
"Dia orang tua, biar dia insaf sendiri.
 
"Kita ingat biar dia insaf sendiri. Dia duduk sorang-sorang, fikir sendiri. Dia kena banyak baca buku. Jangan baca buku perubatan je. Buku Islam pun dia kena baca," kata Abdul Hadi.
 
Dr Mahathir juga menyindir Hadi yang bekerjasama dengan Umno, yang didakwanya pernah digelar PAS sebagai “kafir”.
 
“Najib ini kafir menurut PAS dan Hadi pernah kata jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu pun jadi kafirlah.
 
“Jadi sekarang dia bekerjasama dengan Umno dan pada suatu masa dengan DAP, dia sendiri pun kafirlah,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu.
 
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, tindakan Hadi 'menutup' isu akan memastika PAS tidak terheret dengan politik Dr Mahathir yang mungkin mahu mengganggu persiapan parti dan ahli-ahlinya menjelang PRU14.
 
"PAS mengingatkan seluruh jentera mengikut langkah Presiden PAS agar fokus kepada gerak kerja pilihan raya dan tidak tenggelam dengan agenda pihak lain.
 
"Jangan sibuk melayan serangan politik terdesak yang menjauhkan kita daripada tugas sepatutnya.
 
"Pendek kata jangan sibuk mencabut kemuncup ketika bertempur di dalam permainan bola sepak," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam

Sekianlah artikel Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi maafkan Tun Mahathir bukti PAS tidak simpan dendam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/hadi-maafkan-tun-mahathir-bukti-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :