Judul : Ladang Rakyat Kelantan lulus projek perlombongan untuk menantu Timb MB?
link : Ladang Rakyat Kelantan lulus projek perlombongan untuk menantu Timb MB?
Ladang Rakyat Kelantan lulus projek perlombongan untuk menantu Timb MB?
YB Hj Husam Musa dalam satu ucapannya di Kadok malam kelmarin telah mendedahkan bagaimana Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan boleh meluluskan sejumlah 400 hektar tanah milik perbadanan tersebut untuk projek perlombongan cari gali bijih timah.
Menurut Husam, sepadan dengan namanya, Perbadanan Ladang Rakyat sepatutnya menumpukan kepada usaha-usaha perladangan.
Adalah jelas sekali bahawa projek perlombongan ini adalah diluar bidang perladangan.
Timb Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar selaku pengerusi Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan perlu menjelaskan kepada rakyat Kelantan bagaimanakah Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan boleh meluluskan tanah perladangan tersebut untuk projek perlombongan?
Menurut YB Husam, tanah seluas 400 hektar tersebut telah diluluskan kepada dua buah syarikat iaitu :
i. Nenggiri Tin Sdn Bhd - 200Ha ii. NoLimits Sdn Bhd - 200Ha
Menurut Husam, Nolimits Sdn Bhd dan Nenggiri Tin Sdn Bhd dimiliki oleh orang yang sama. Salah seorang pemiliknya adalah menantu bekas pimpinan utama Kerajaan
Husam turut mempertikaikan kelayakan dua syarikat tersebut yang baru ditubuhkan dan tiada mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam projek perlombongan.
Secara sinis Husam bertanya kepada Mohd Amar, "Apa dia kemampuan syarikat ini, sehingga Ladang Rakyat pilih dia untuk diberi kawasan lombong; adakah kerana dia menantu orang besar tadi (menantu bekas Timb MB Kelantan), ataupun kerana syarikat ini sangat berkemampuan dari segi pitis, dari segi teknologi, dari segi kepakaran, dari segi pengalaman.... adakah dak?"
Menurut Husam, hasil siasatan menerusi SSM kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut, "pitis pun kosong!"
Berdasarkan maklumat dalam dokumen SSM, syarikat hanya ditubuhkan pada akhir 2015 dan 2017. Syarikat tidak mempunyai apa-apa kemampuan kewangan, pengalaman kerja atau kepakaran perlombongan.
Bagaimana dua syarikat yang baru ditubuhkan ini , yang tiada kepakaran dan pengalaman, malah tiada modal, boleh dapat tanah seluas 400 hektar ?
"Kebimbangan saya, kelulusan ini termasuk Operasi Sapu Bersih Sebelum Tewas," kata Husam.
Kesian dengan Peserta Ladang Rakyat, duit dapat ciput, pemimpin kaya raya. Pemimpin mereka kaya raya kaut keuntungan jual hasil mashul negeri tanpa mereka sedar. Habis harta negeri jual sana sini, pengikut yang tidak tahu apa, mereka ikut sahaja pemimpin mereka cakap.
Klik link berikut untuk mendengar ucapan YB Husam :
https://www.facebook.com/syam.ghaz.18/videos/2085950001691742/
Secara sinis Husam bertanya kepada Mohd Amar, "Apa dia kemampuan syarikat ini, sehingga Ladang Rakyat pilih dia untuk diberi kawasan lombong; adakah kerana dia menantu orang besar tadi (menantu bekas Timb MB Kelantan), ataupun kerana syarikat ini sangat berkemampuan dari segi pitis, dari segi teknologi, dari segi kepakaran, dari segi pengalaman.... adakah dak?"
![]() |
Syarikat tak ada pitis sehabuk pun boleh dapat 200 hektar tanah? |
Bagaimana dua syarikat yang baru ditubuhkan ini , yang tiada kepakaran dan pengalaman, malah tiada modal, boleh dapat tanah seluas 400 hektar ?
"Kebimbangan saya, kelulusan ini termasuk Operasi Sapu Bersih Sebelum Tewas," kata Husam.
Kesian dengan Peserta Ladang Rakyat, duit dapat ciput, pemimpin kaya raya. Pemimpin mereka kaya raya kaut keuntungan jual hasil mashul negeri tanpa mereka sedar. Habis harta negeri jual sana sini, pengikut yang tidak tahu apa, mereka ikut sahaja pemimpin mereka cakap.
https://www.facebook.com/syam.ghaz.18/videos/2085950001691742/
Demikianlah Artikel Ladang Rakyat Kelantan lulus projek perlombongan untuk menantu Timb MB?
Sekianlah artikel Ladang Rakyat Kelantan lulus projek perlombongan untuk menantu Timb MB? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ladang Rakyat Kelantan lulus projek perlombongan untuk menantu Timb MB? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/02/ladang-rakyat-kelantan-lulus-projek.html