Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media

Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media
link : Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media

Baca juga


Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media


Laporan senarai penuh jemaah menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tersebar di media sosial adalah berita yang belum disahkan dan hanya spekulasi media.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, ketika dihubungi wartawan NSTP, berkata beliau tidak pernah diberitahu mengenai perkara itu dan enggan mengulas lanjut sehingga maklumat itu disahkan benar. "Itu semua (berita) daripada sumber yang tidak dapat disahkan jadi saya tak boleh komen apa-apa. Ini semua media yang buat spekulasi," katanya. Beliau ditanya mengenai laporan beberapa portal yang mendakwa beliau turut dilantik sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dalam senarai akhir 26 anggota Kabinet. Sumber kerajaan itu menyebut, Teresa Kok yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP dan muka baharu, Yeo Bee Yin, adalah antara calon parti itu yang dijangka dilantik. Teresa akan dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan manakala Yeo yang menang kerusi Parlimen Bakri dalam pilihan raya pertamanya, dijangka dinamakan sebagai Menteri Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar. Sementara itu, Teresa dalam catatan Facebook berkata, senarai Kabinet yang tersebar itu adalah palsu dan beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang pelantikan. "Saya berpendapat bahawa FT (Wilayah Persekutuan ) tidak harus diletakkan di bawah kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus menguruskan bandar mengikut Rancangan Bandar KL, "Semua Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sepatutnya menjaga projek-projek di kawasan masing-masing. Datuk Bandar harus dipertanggungjawabkan ke arah dan operasi DBKL dan satu bandar tidak boleh mempunyai dua ketua," katanya.


Demikianlah Artikel Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media

Sekianlah artikel Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Senarai Kabinet Hanya Spekulasi Media dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/06/senarai-kabinet-hanya-spekulasi-media.html

Subscribe to receive free email updates: