Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar

Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar
link : Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar

Baca juga


Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar

Minderjeet Kaur 

Kamarul Zaman Yusoff berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
dihormati sebagai pemimpin utama kerajaan.
 Penganalisis berkata tiada bukti yang menyokong dakwaan Najib orang Melayu akan diketepikan oleh kerajaan PH berikutan kebanyakan menteri Kabinet orang Melayu. 

 PETALING JAYA: Penganalisis politik bebas Dr Kamarul Zaman Yusoff menolak dakwaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pakatan harapan (PH) akan mengetepikan Islam dan bahasa kebangsaan. 

 Kata beliau, sebaliknya Umno, parti yang pernah dipimpin Najib, yang berhadapan masalah berikutan kekalahannya dalam pilihan raya umum Mei lepas. 

 Beliau berkata, Umno kini mahu menonjolkan diri sebagai pembela Islam dan hak Melayu bagi mendapatkan sokongan.  

 Katanya, dakwaan Najib orang Melayu akan menjadi “bangsat” di bawah pemerintahan PH jauh tersasar kerana majoriti menteri Kabinet merupakan orang Melayu. 

 “Selain itu, Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin utama kerajaan dan beliau sangat dihormati,” katanya tentang perdana menteri baru itu. 

 “Tidak ada orang yang berani mencabar beliau. Dakwaan orang Melayu menjadi ‘bangsat’ di tanah air mereka sendiri tidak berbangkit,” katanya kepada FMT.

 Pada 30 Jun lepas, bekas presiden Umno, Najib menyeru ahli parti tersebut supaya bersatu selepas persidangan pemilihan parti itu memilih bekas timbalan beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid untuk mengetuai Umno. 

 Beliau berkata, orang Melayu tidak boleh bergantung kepada kerajaan sekarang kerana “kekuatannya berpunca daripada sokongan orang bukan-Melayu”. 

 Dalam tulisan di laman Facebook beliau, Najib mendakwa kerajaan PH membenarkan Bahasa Melayu dicemari, dan agenda Islam serta hak Bumiputera tidak ada tempat dalam pentadbiran baru itu. 

 “Saya pernah berkata sebelum ini orang Melayu akan ‘terbangsat’ di negara mereka sendiri jika Umno hilang kuasa. Kita telah hilang kuasa dan perlu berhadapan dengan ujian Allah,” kata Najib. 

 Kamarul berkata tidak ada bukti yang menyokong dakwaan Najib itu. 

 Katanya dakwaan salah laku Najib semasa mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN) kini menjadi tumpuan negara. 

 Beliau berkata Umno berkemungkinan menghadapi masa depan yang sukar kerana presiden barunya Zahid dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung 2 kes berasingan. 

 “Jika Zahid hadapi masalah dengan SPRM, ahli Umno akan mendapati diri mereka terbeban dengan corak serupa iaitu seorang lagi pemimpin mempunyai imej tidak baik pada mata orang ramai,” katanya. 

 Katanya terdapat persepsi bahawa Zahid rapat dengan Najib, dan ini boleh menyebabkan ramai ahli serta pemimpin yang tidak berpuas hati keluar Umno.

  Kenapa Ku Li kalah pemilihan Umno? 

 Tentang kekalahan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan parti itu Sabtu lepas, Kamarul berkata bekas menteri kewangan tersebut tidak menonjol dalam politik selama hampir 2 dekad dan ramai tidak mengenali beliau. 

 Selain itu kata beliau, penyertaan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam persaingan jawatan presiden itu memecahkan undi, menyebabkan Zahid menang. 

 Khairy memenangi undi 60 Bahagian Umno berbanding Zahid 90. Tengku Razaleigh mendapat 30 undi. 

 Tengku Razaleigh memberi amaran tentang penggunaan politik wang dalam pemilihan itu, sementara Khairy mendakwa majoriti perwakilan Umno mahukan perubahan tetapi mereka diugut oleh “warlord” supaya mematuhi pilihan mereka.~ freemalaysiatoday


Demikianlah Artikel Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar

Sekianlah artikel Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/penganalisis-orang-melayu-tidak-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: