Bekas ADUN PAS Direman SPRM

Bekas ADUN PAS Direman SPRM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas ADUN PAS Direman SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas ADUN PAS Direman SPRM
link : Bekas ADUN PAS Direman SPRM

Baca juga


Bekas ADUN PAS Direman SPRM


Rekod Pas yang berstatus bersih daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya lebur selepas bekas Adunnya direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000.

Tempoh tahanan reman itu bermula hari ini dan tamat pada esok.



Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas membenarkan permohonan SPRM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Terdahulu, wanita berusia 56 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.40 untuk prosiding reman.

Semalam, ditahan jam 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Beliau dipercayai tersebut melantik sebuah syarikat anaknya sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dun.

Pada 23 Mac lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan rahsia pemimpin Pas bebas rasuah.

"Di sinilah setiap wakil rakyat Pas, setiap petugas Pas dibaiahkan diikat setia dengan perjanjian dengan nama ALLAH supaya menunaikan tanggungjawab di atas nama agama, patuh perintah agama, tidak khianat. 
"Bukan sahaja dalam aspek aspek yang sempit tetapi termasuklah dalam ruang yang luas dalam menjalankan tugas tugas mereka bila diberikan amanah untuk memerintah negara," katanya. 
Abdul Hadi berkata, tiap-tiap orang dalam kalangan ahli Pas apabila dilantik menjadi wakil rakyat, dilantik menjadi pemimpin mengganggap itu adalah perkara agama dan tidak boleh melakukan kesalahan.

Sebelum ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa 92 pemimpin parti politik disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Fakta menunjukkan bahawa 71 orang darinya adalah dari BN manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Harapan dan ia secara tidak langsung mengiktirafkan pemimpin Pas sebagai bebas rasuah lapor Sinar


Demikianlah Artikel Bekas ADUN PAS Direman SPRM

Sekianlah artikel Bekas ADUN PAS Direman SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas ADUN PAS Direman SPRM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/09/bekas-adun-pas-direman-sprm.html

Subscribe to receive free email updates: