Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini?

Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini?
link : Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini?

Baca juga


Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini?


Dalam sejarah kepolisian negara, setakat yang saya ingat, inilah kali pertama tersiar cerita wujud komplot (konspirasi) oleh kumpulan tertentu (dipanggil ‘kartel’) mahu mengguling Ketua Polis Negara (KPN).

Media baru-baru ini memetik Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai berkata, ada satu cubaan menjatuhkan imejnya sebagai KPN, seterusnya menguasai kepimpinan tertinggi pasukan keselamatan itu. Beliau mendedahkan perkara ini kepada umum supaya ‘penyakit’ sebegini tidak menjadi ‘barah’ berbahaya yang boleh memusnahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Perkara ini saya sudah tahu tahun lepas. Saya check (semak) dan pegawai lain juga tahu kewujudannya,” tambahnya lagi.

Komplot tersebut turut melibatkan beberapa ‘individu yang mempunyai rekod tidak baik.’


Pendedahan kegiatan kartel oleh Abdul Hamid ini menyusuli pendedahan sebelum ini (oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya) tentang gaya hidup mewah segelintir pegawai PDRM yang tidak setara dengan jawatan ataupun gaji mereka. Cara hidup mewah itu kemudian dikongsikan melalui laman media sosial masing-masing sehingga menimbulkan tanda tanya tentang sumber kekayaan mereka.

Pastinya pendedahan terbaharu oleh KPN ini dan pendedahan terdahulu oleh Zamri tidak disenangi oleh ahli kartel berkenaan, sebagaimana juga mereka tidak senang dengan pendiriannya menyifatkan perbuatan pegawai polis Pulau Pinang ‘melepaskan suspek Macau Scam’ sebagai ‘menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.’

Pada 1 Mac lalu, Abdul Hamid memberitahu wartawan, 31 pegawai PDRM yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian ‘bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi.’

Abdul Hamid juga mendedahkan terdapat lima sindiket dadah didalangi VVIP (tetamu kehormat utama) bergelar Datuk dan Tan Sri, yang mana butiran atau data peribadi mereka diketahui oleh PDRM. Buat masa ini, PDRM masih lagi mengumpulkan bukti yang boleh mengaitkan VVIP ini dengan kegiatan sindiket tersebut.

Pada 12 Mac lalu, Abdul Hamid ‘memberi amaran’ kepada semua ketua polis negeri agar memastikan setiap pegawai dan anggota PDRM yang ditugaskan dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) untuk melakukan pemeriksaan dengan lebih serius.

PARLIMEN



Beliau menjelaskan, berdasarkan pemerhatiannya, ada anggota PDRM di lapangan duduk di khemah rehat dalam SJR dan membiarkan kenderaan lalu begitu sahaja dengan melambai tangan tanpa mengambil serius keadaan semasa.

“Bukit Aman akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ketua polis negeri yang didapati gagal mengawal pegawai dan anggota di SJR apabila tidak melakukan pemeriksaan dan membiarkan setiap kenderaan bergerak begitu saja,” katanya.

Dalam temu bual dengan Tan Sri Johan Jaafar dalam program Bersama Ketua Polis Negara anjuran sebuah akhbar sedikit masa lalu, Abdul Hamid mengakui kegagalannya membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low ke negara ini disebabkan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada negara tempat dia bersembunyi.

Baru-baru ini, sewaktu menolak spekulasi negatif tentang rombakan pegawai kanan PDRM secara besar-besaran, Abdul Hamid menegaskan, pertukaran yang berlaku bukan kerana ada kes-kes tertentu sebaliknya untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai baharu menggantikan tempat mereka.

Kembali mengenai isu kartel dalam PDRM, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu wartawan, beliau belum lagi dimaklumkan perkara ini oleh KPN. “Jadi, semalam saya sudah pun menghubungi KPN dan meminta beliau menyediakan laporan,” katanya dalam sidang akhbar pada 19 Mac lalu di Ipoh, Perak.

Menurut Hamzah lagi, KPN perlu melaporkan isu kartel itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), di mana dia (Hamzah) menjadi pengerusinya. “Ini adalah kali pertama saya dengar isu kartel dalam PDRM,” tambahnya.

RCI



Pada 18 Mac lalu, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan menggesa Abdul Hamid mendedahkan identiti ahli kartel itu supaya tindakan susulan boleh diambil terhadap mereka mengikut lunas undang-undang.

Bagi Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, isu kartel dalam PDRM hendaklah segera ditangani dan diselesaikan. Beliau mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja Parlimen ditubuhkan dan ini bermakna Parlimen perlu bersidang dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga menggesa perkara ini disiasat segera. “Kalau kartel ini sudah berani nak gulingkan KPN, ini bermakna mereka ini kuat, punyai kuasa. Apakah ini perbuatan orang politik atau mastermind in the underworld? soalnya.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa isu kartel dalam PDRM ditangani segera. Mereka mahu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menjalankan siasatan, selain menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai satu langkah penyelesaian jangka panjang.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pula menggesa satu tindakan pengauditan PDRM dilakukan segera. “Kita perlu lakukan satu pembersihan sistem,” ujarnya.

Abdul Hamid dilantik sebagai KPN pada 4 Mei 2019 untuk berkhidmat selama dua tahun hingga 3 Mei ini. Beliau mengambil tempat Tan Sri Mohamad Fuzi Haron. Sebelum itu, jawatan KPN dipegang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Musa Hassan (ketiga-tiga mereka graduan undang-undang).

Sewaktu Abdul Hamid dilantik sebagai KPN, Mohamad Fuzi dipetik sebagai berkata: “He (Abdul Hamid) is the right man for the job.”

Selepas dilantik, Abdul Hamid memberitahu wartawan, “kita mesti akui 1,000 pegawai polis yang tidak baik (bad cops) tidak mewakili 100,000 pegawai polis yang baik di luar sana (good cops out there).”

Beliau berjanji di bawah pentadbirannya, hanya pegawai polis yang baik akan diambil kira (“Under my watch, only the good ones will be counted”).

Selamat bersara Tan Sri, tak lama lagi.


Ditulis oleh: Datuk Salleh Buang, bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan juga bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia.

Asalnya disiarkan di SINI


Demikianlah Artikel Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini?

Sekianlah artikel Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Komplot Guling KPN.. Apa Pula Selepas Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/komplot-guling-kpn-apa-pula-selepas-ini.html

Subscribe to receive free email updates: