Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin

Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin
link : Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin

Baca juga


Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin

 

Hasil tinjauan terhadap pengundi di Gombak yang dilaksanakan Invoke, sebuah badan data yang dipimpin bekas ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, menunjukkan Gombak kekal sebagai kubu kuat Azmin Ali.

Selain itu turut mendapati lebih ramai yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berbanding Anwar Ibrahim dan Najib Razak bagi jawatan perdana menteri.

Tinjauan yang dijalankan di Gombak tersebut adalah sebahagian daripada tinjauan yang melibatkan enam kawasan Parlimen termasuk satu kawasan DAP dan empat lagi kerusi PKR.


Kawasan Parlimen yang dikuasai DAP adalah Seremban yang diwakili bekas menteri pengangkutan Anthony Loke, sementara empat yang lain adalah kerusi pemimpin-pemimpin PKR yang setia dengan Anwar Ibrahim.

Mereka termasuk Shamsul Iskandar Mohd Akin (Hang Tuah Jaya), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Baru), Chang Lih Kang (Tanjong Malim) and Tan Yee Kew (Wangsa Maju).

Tinjauan yang dijalankan itu didukung portal berita Malay Mail. Ia dijalankan dalam tempoh sebulan antara 26 Ogos hingga 2 Oktober tahun lalu, bagi melihat sokongan yang diterima kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih pentadbiran selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh.

Antara hasil tinjauan itu mendapati ahli Parlimen tiga penggal, Azmin Ali sangat dikenali pengundi Gombak dengan 50% menyebut nama beliau ketika ditanya siapakah wakil rakyat di kawasan mereka.

Sebagai perbandingan, hanya 29% daripada pengundi Seremban mengenali Loke, sementara di Johor Baru, hanya 13% responden mengundi bahawa mereka mengenali Akmal sebagai wakil rakyat.

Tinjauan tersebut turut berkata Azmin yang terkenal di Gombak boleh menjadi faktor untuk beliau mengekalkan kerusinya dalam pilihan raya akan datang.

“Sama ada perkara ini beri impak positif atau negatif terhadap peluangnya di sana boleh diperdebatkan,” kata tinjaun itu seperti yang dilaporkan Malay Mail.

Gombak yang memiliki majoriti penduduk Melayu adalah kubu kuat Umno sebelum Azmin berjaya merampasnya pada 2008.


Pada 2018, beliau memenangi kerusi Gombak dengan 48,721 undi majoriti mengalahkan Barisan Nasional and PAS.

Pemimpin utama PKR ketika ini menyasarkan kemenangan di Gombak bagi pilihan raya akan datang. 

Sumber dalaman parti itu berkata ia adalah langkah bagi menghukum Azmin kerana membawa keluar beberapa ahli Parlimen PKR keluar dari parti tersebut sehingga peluang Anwar untuk menjadi perdana menteri kerajaan PH ranap.

Anwar, yang tidak lagi bersekutu dengan Azmin, diumumkan sebagai calon perdana menteri PH bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sebelum kerajaan PH runtuh pada Februari tahun lalu.


Dalam pada itu, tinjauan Invoke di Gombak mendapati 46% undian responden menunjukkan populariti Muhyiddin sebagai perdana menteri jauh meninggalkan Anwar (8%) dan Najib (3%).


Apa yang menarik, sekitar 7% memilih “calon muda” untuk jawatan nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, perincian penemuan berkenaan lima kawasan lain tidak dilaporkan.

Invoke adalah sebuah syarikat analitik data yang diasaskan Rafizi. Beliau dilihat sebagai saingan politik Azmin selepas mereka berdua bertanding menentang antara satu sama lain bagi jawatan timbalan presiden PKR.

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin

Sekianlah artikel Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tinjauan INVOKE Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/tinjauan-invoke-dapati-gombak-masih.html

Subscribe to receive free email updates: