Judul : AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Terpelanting Dipanah Petir?
link : AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Terpelanting Dipanah Petir?
AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Terpelanting Dipanah Petir?
Sekarang ini sedang hangat di media sosial orang ramai memperdebatkan cerita pendakwah bebas dan pemimpin Pas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani bahawa dirinya pernah dipanah petir.
Pertikaian itu bermula apabila Dusuki menceritakan kembali kejadian tersebut sewaktu menjadi tetamu program NtoN terbitan stesyen televisyen berbayar, Astro baru-baru ini.Program bual bicara bertemakan keagamaan itu dihoskan oleh selebriti terkenal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Dalam temubual itu, Dusuki memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat tarawih, pada malam 27 Ramadan.
Selepas itulah ramai netizen mempertikaikan ceritanya. Sebahagian besarnya tidak percaya. Kata mereka, kalau kena petir, jika tidak mati pun, tentulah cedera parah. Tidak logik langsung yang dipanah petir itu boleh bangun semula dan meneruskan solat.
Ada juga netizen yang membandingkan cerita Dusuki tadi dengan kejadian 18 ekor gajah mati dipercayai disambar petir, di India. Gajah pun mati, inikan pula manusia.
Nah, kepada mereka yang memperdebat dan mempertikaikan cerita Dusuki itu, di bawah ini Mastika siarkan kembali kisah tersebut, tanpa sebarang suntingan. Setelah itu, terserah kepada anda sama ada hendak mengatakannya betul atau tidak, cerita benar atau sekadar rekaan.
Kisahnya begini…
Ceritanya begini. Pada malam tersebut, sekitar 50 penduduk kampung berada di surau untuk menunaikan solat sunat tarawih. Ketika itu hujan renyai-renyai. Surau yang berdinding kayu tersebut bising sedikit dengan bunyi titisan halus air hujan yang jatuh ke bumbung zinknya.
Malam itu seorang anak muda yang berasal dari kampung tersebut telah dijemput menjadi imam solat sunat tarawih. Imam muda itu pula sebenarnya tinggal di Klang, Selangor, tetapi baru pulang ke kampung bapanya itu untuk menghabiskan hari-hari akhir bulan Ramadan bersama keluarga.
Menurut Shamsudin, peristiwa aneh ini berlaku ketika jemaah memasuki rakaat keempat solat tarawih tersebut. Ketika imam muda khusyuk membacakan surah di rakaat keempat, tiba-tiba…
TTTUUUMMMM!!!!!!!!
Kedengaran satu dentuman yang kuat dan dengan sekelip mata sekilauan api berwarna kebiruan masuk melalui tingkap surau lalu menyambar imam yang sedang membaca ayat suci al-Quran selepas menyudahkan al-Fatihah.
Imam muda itu terpelanting ke belakang sambil bertakbir ‘ALLAHU AKBAR’ sekuat hati. Dua ahli jemaah di belakangnya turut terpelanting sama.
Serentak dengan itu juga, bekalan elektrik terputus. Surau menjadi gelap. Suasana menjadi kecoh. Riuh satu surau, imam disambar petir. Solat tarawih dihentikan. Para jemaah mengerumuni imam muda ini dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
Beberapa orang jemaah mengurut badannya. Shamsudin yang turut berada di situ memicit-micit kaki dan tangan imam muda.
“Saya macam tak percaya imam muda itu disambar petir. Tapi semua jemaah yang ada dalam surau malam itu dengar dan nampak dengan jelas bunyi dentuman petir serta api menyambar melalui tingkap,” terang Shamsudin melalui telefon.
Para jemaah memeriksa nadi imam muda yang masih terbaring di lantai. Mereka bimbang imam yang dihormati itu meninggal dunia kerana amat jarang orang yang selamat selepas dipanah petir. Lazimnya, anggota yang disambar itu akan berlubang dan hangus.
Anehnya, apabila diperiksa, jemaah mendapati nadi imam muda itu masih berdenyut. Kemudian, apabila dipanggil namanya, imam muda itu menyahut tanpa sebarang masalah.
Sungguh aneh kata Shamsudin, imam muda masih mampu bergerak dan berkata-kata seperti biasa. Ini bukan mimpi. Bukan Shamsudin seorang sahaja yang berada dalam surau ketika itu serta menyaksikan petir menyambar tubuh imam muda tersebut.
Imam muda itu kemudian mengucap kalimah syahadah. Di ketika ini air mata imam muda itu mengalir laju. Lebih mengejutkan Shamsudin, apabila keadaannya semakin pulih, imam muda itu bangun, seterusnya berdiri dan berjalan ke belakang surau untuk mengambil wuduk.
“Kami pelik, badan imam itu tidak terbakar. Sudahlah begitu, dia boleh bergerak pula seperti biasa. Macam mana boleh jadi begitu, sebab biasanya orang yang disambar petir akan meninggal dunia, atau sekurang-kurangnya cedera parah,” sambung Shamsudin.
Tidak lama kemudian, cerita Shamsudin lagi, imam muda itu berjalan masuk ke surau dan mengajak orang ramai menghabiskan solat tarawih yang tertangguh sebentar tadi.
Mereka bersolat semula, namun solat Shamsudin tidak berapa khusyuk kerana memikirkan kejadian sebentar tadi. Dia khuatir dengan keadaan imam muda. Selesai rakaat kelapan, imam muda memberikan tazkirah selama sepuluh minit.
Tazkirah selesai, Shamsudin melihat imam muda seperti dalam kesakitan. Lantas Shamsudin dan para jemaah lain membantu membukakan baju imam muda. Kelihatan di dada imam itu ada kesan kemerah-merahan. Bajunya pula berbau hangit.
Anehnya, tidak ada sebarang kesan terbakar pada badan imam muda ini, hatta bajunya juga tidak terbakar seperti yang lazim berlaku kepada mangsa-mangsa petir.
Melihat keadaan imam muda tersebut, beberapa orang penduduk kampung membawanya ke Hospital Jerantut. Lebih mengejutkan, sampai di hospital, imam muda itu berjalan sendiri menuju ke wad kecemasan.
Tiba di wad kecemasan, pegawai perubatan bertugas bertanyakan masalah yang dihadapi. Apabila imam muda itu menjawab, “Saya kena petir,” semua yang berada di wad berkenaan terkejut. Orang kena petir masih mampu bergerak sendiri ke hospital, mereka berbisik sesama sendiri.
Imam muda itu seterusnya diminta berbaring di atas troli dan doktor segera memeriksa ke seluruh anggota badannya. Kira-kira 10 minit kemudian, doktor menggeleng-gelengkan kepala dan berkata kepada imam muda itu, “Masya-Allah. Kalau ikutkan malam ini orang dah kebumikan jasad ustaz.”
Sekali lagi air mata membasahi pipi imam muda itu. Doktor terus menggelengkan kepala sambil mulutnya tidak henti-henti beristighfar.
Shamsudin memberitahu Mastika, doktor itu terkejut kerana tiada kesan terbakar dan tidak ada lebam sedikit pun pada badan imam itu sedangkan biasanya kalau terkena petir, pasti akan menemui maut. Paling tidak pun, jika sipi-sipi dan masih hidup, otak mangsa itu akan terganggu.
Bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini, imam muda itu telah ditahan di wad Hospital Jerantut selama satu malam. Dua botol air dimasukkan ke dalam badannya. Keesokan harinya beliau diperiksa sekali lagi oleh doktor yang bertugas.
Doktor mengesahkan memang tidak ada sebarang kesan atau komplikasi kepada organ-organ dalamannya. Imam itu dibenarkan keluar dari wad.
“Sebab itu saya hubungi Mastika, saya harap Mastika dapat cari imam muda itu, temu bual dan tanya dia macam mana dia boleh selamat tanpa ada sebarang kesan pada badannya. Cerita ini memang aneh.
“Saya tau serba sedikit sebab-musababnya, tapi lebih elok kalau Mastika dengar sendiri dari mulut imam itu. Bagi saya, cerita ini amat sesuai kalau Mastika siarkan sebab Mastika majalah Islamik.
“Cerita-cerita Mastika tentang alam kematian, sakaratulmaut, kebesaran Tuhan dan keagungan al-Quran banyak memberi kesan kepada kami yang membacanya. Itu identiti Mastika, kena kekalkan,” kata Shamsudin.
Pembaca itu kemudiannya memberikan butir-butir imam muda itu untuk Mastika temui. Sekali lagi dia berpesan supaya Mastika menyiarkannya.
BERDASARKAN maklumat tersebut, Mastika bergegas ke Masjid Negeri Shah Alam, Selangor, kerana menurut Shamsudin, imam muda tersebut selalu memberi kuliah agamanya di situ.
Sudah ditakdir Allah, kebetulan ketika Mastika sampai, imam muda itu baru menghabiskan kuliahnya. Berdasarkan rupa paras dan bentuk tubuh yang dinyatakan oleh Shamsudin, Mastika percaya itulah imam yang dicari-cari.
Lantas Mastika memperkenalkan diri dan bertanya, benarkah imam ini bernama ‘Ustaz Dasuki Abd. Rani, imam muda yang disambar petir semasa memimpin solat tarawih di Jerantut, Pahang?”
Imam muda itu mengangguk. “Betul, saya Ustaz Dasuki,” katanya.
Ustaz Dasuki mengakui bahawa cerita yang disampaikan kepada Mastika itu adalah benar. Dialah orang yang disambar petir pada malam 27 Ramadan lalu di surau Kampung Batu Balai, Jerantut.
“Sebenarnya sehingga ke hari ini saya masih terkejut dengan peristiwa tersebut. Walaupun disahkan Hospital Jerantut bahawa saya stabil dan tidak menghadapi sebarang masalah, saya masih tidak yakin dengan diri saya,” beritahu Ustaz Dasuki semasa mengimbas kembali kejadian tersebut.
Menurut imam muda ini, selepas keluar dari wad di Hospital Jerantut, beliau bertolak ke Kelantan untuk berhari raya di kampung datuknya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Sampai di sana beliau terus ke Hospital Kota Bharu Perdana bagi membuat pemeriksaan kali kedua.
Namun keputusannya tetap sama dengan Hospital Jerantut. Daripada anggota luarannya sehinggalah ke organ dalaman seperti jantung dan juga otak, semuanya normal. Beliau turut dimaklumkan bahawa tidak ada sebarang kesan dan implikasi negatif pada badannya.
Ustaz Dasuki masih lagi kurang yakin. Bukan tidak percaya kepada doktor, tetapi beliau khuatir kalau-kalau ada masalah pada jantungnya. Selepas Hari Raya, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menemui seorang pakar jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Keputusannya juga sama. Tidak ada sebarang masalah pada jantungnya. Setelah tiga kali membuat pemeriksaan, barulah Ustaz Dasuki yakin yang dirinya sihat seperti sedia kala.
MASTIKA memberitahu Ustaz Dasuki, kejadian ini memang aneh. Tetapi pasti ada kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan dirinya terselamat setelah dipanah petir.
Ustaz Dasuki tersenyum. Kata Ustaz Dasuki, dia sedia untuk menceritakannya, tetapi bukan untuk tujuan riak atau membangga diri. Sebaliknya, cerita itu adalah untuk diambil iktibar tentang rahsia-rahsia kebesaran Allah yang tidak mampu terjangkau oleh akal manusia.
Ustaz Dasuki menceritakan, ketika petir menyambar tubuhnya, beliau sedang membacakan ayat ke-36 dan 37 surah Ali Imran.
“Ketika saya sampai ke ayat ‘Allah taala kabulkan permintaan tersebut’, serta-merta petir berdentum dan menyambar badan saya.”
Ustaz Dasuki yakin peristiwa tersebut ada kaitan dengan ayat yang dibacanya. Tidak sukar memahaminya, kerana petir adalah api, sama seperti kejadian syaitan yang juga berasal daripada api.
“Jadi saya yakin apabila Allah memakbulkan permintaan Maryam supaya zuriatnya dipelihara daripada godaan syaitan maka dengan sendirinya saya juga terselamat daripada petir tersebut. Itulah kebesaran ayat Allah,” jelas Ustaz Dasuki.
Imam muda ini menceritakan juga, ketika petir menyambar beliau, terasa satu aliran mengalir dalam badannya. Namun apabila Ustaz Dasuki bertakbir sekuat hati, aliran tersebut terasa keluar melalui kaki.
Ustaz Dasuki bertakbir sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia berasa suatu aliran panas keluar dari badannya.
Selain itu, Ustaz Dasuki juga yakin, peristiwa beliau selamat setelah disambar petir itu adalah hasil doa anak-anak muridnya di seluruh Selangor.
“Saya percaya mereka juga mendoakan saya. Mungkin dua faktor inilah yang menyelamatkan saya. Saya bersyukur pada Allah. Ini benar-benar bukti kekuasaan Allah S.W.T.”
Menurut maklumat yang Mastika peroleh daripada ahli jemaah Masjid Negeri Shah Alam, kuliah pagi Khamis Ustaz Dasuki di masjid itu sahaja dihadiri oleh lima ratus hingga enam ratus orang pendengar.
Demikian penutup bicara Ustaz Dasuki Abd. Rani, seorang pendakwah muda berusia 32 tahun yang ceramahnya kerap disiarkan di Radio Malaysia Selangor.
Sebenarnya bukan tak ada manusia yang terselamat biarpun dipanah petir ini.. ada sebenarnya.. lelaki dalam video ini mendakwa dirinya telah 12 kali dipanah petir..
Paling banyak ialah troll gambar Dusuki berkostum superhero, dengan kapsyen petir pun tidak mampu mencederakan beliau.
Ringkasnya, perkongsian cerita Dusuki itu menjadi jenaka yang amat kelakar kepada netizen. Situasi ini tidaklah pelik buat Dusuki.
Ini ada kaitannya dengan penglibatan beliau di dalam kepimpinan tertinggi Pas, yang ketika ini menjadi bahan sindiran dan jenaka netizen, lantaran prestasi, tindakan serta komen-komen para pemimpinnya sejak menjadi kerajaan persekutuan, dilihat cakap tak serupa bikin, retorik dan lucu.
Semua ini saling berkait dan berunsur politik. Apatah lagi, Dusuki sebelum ini dikatakan pernah menyebarkan hadis dan cerita-cerita yang dipertikaikan kesahihannya, mendoakan keburukan kepada musuh politik serta solat tahajud secara Live di Facebook sambil menyertakan nombor akaun untuk didepositkan wang sumbangan.
Dengan latar belakang itu, memang logiklah cerita Dusuki itu dipertikaikan.
Okey, kalau begitu apa kaitannya dengan Mastika?
Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kisah Dusuki dipanah petir ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika keluaran April 2008. Namun, cerita tersebut asalnya bukanlah dari Dusuki, tetapi dari salah seorang makmum solat tarawih yang turut menyaksikan kejadian berkenaan.
Makmum itu menceritakan apa yang disaksikannya dan kemudian mencadangkan kepada Mastika supaya menemubual sendiri Dusuki untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
BARU-BARU ini seorang pembaca dari Jerantut telah menghubungi Mastika untuk menceritakan satu kejadian aneh yang berlaku di kampungnya pada malam 27 Ramadan tahun lepas.
Kata pemanggil yang bernama Shamsudin itu, kejadian tersebut berlaku di surau Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang dan dia menyaksikannya dengan mata kepala sendiri.
Pada ayat ke-36 tersebut, Allah menceritakan bagaimana Maryam, ibu kepada Nabi Isa berdoa memohon Allah memelihara dan melindungi zuriatnya daripada godaan syaitan yang direjam.Apabila masuk di awal ayat ke-37, diceritakan bahawa Allah memakbulkan doa tersebut dan menerimanya dengan baik.
Dipetik dari SINI
Hari ini seorang Ustazah tampil memperbetulkan kenyataan Ustaz Dasuki itu mengenai 'Doa Maryam' itu..
Pengakuan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Dasuki Abdul Rani yang disambar petir ketika mengimamkan solat tarawih dilihat mengundang pelbagai kritikan.Selain mempertikaikan logik ceritanya yang masih mampu menyambung kembali solat itu, kenyataan penceramah tersebut berkenaan doa yang didakwanya doa Maryam turut mengundang teguran.Ustazah Maznah Daud menegaskan hal tersebut bukan perkara kecil kerana perbezaan antara ibu dengan anak adalah tidak sama.“Saya tidak berhajat untuk mengulas pengalamannya yang ajaib itu. Tetapi saya terperasan dia telah tersilap menterjemahkan ayat yang dibaca ketika solat, iaitu doa Maryam supaya Allah lindunginya daripada syaitan.“Yang sebenarnya itu bukan doa Maryam. Sebaliknya itu adalah doa Bonda Maryam supaya melindungi Maryam serta zuriatnya daripada syaitan.“Rujuk surah Ali ‘Imran, ayat 36,” katanya dalam hantaran di Facebook.Terdahulu, Ahmad Dasuki yang juga bekas calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mendakwa sejurus disambar petir, dia tercampak dua saf ke belakang ketika membaca ayat dari surah tersebut.Mengulas lanjut, Ustazah Maznah berpendapat penyokong dan peminat Dasuki cenderung untuk mudah percaya walaupun maklumat disampaikan itu tidak benar.“Jika tidak diperbetulkan, orang ramai yang meminati dan mengkaguminya, akan percaya bulat-bulat apa yang dia cakap tanpa menyemak fakta yang sebenar,” tambahnya lagi ~ MD
Tapi bila Ulama Politik yang membuka cerita.. ramai yang sukar untuk mempercayainya..
Demikianlah Artikel AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Terpelanting Dipanah Petir?
Sekianlah artikel AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Terpelanting Dipanah Petir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Terpelanting Dipanah Petir? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/ajk-dewan-ulamak-pas-pusat-terpelanting.html