Bila Muhyiddin Tersalah Alamat...

Bila Muhyiddin Tersalah Alamat... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bila Muhyiddin Tersalah Alamat..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bila Muhyiddin Tersalah Alamat...
link : Bila Muhyiddin Tersalah Alamat...

Baca juga


Bila Muhyiddin Tersalah Alamat...

Pada 16hb Mei Astro Awani telah melaporkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang berada di Semenanjung Gaza menghubungi beliau semalam, memaklumkan mengenai situasi semasa di Palestin.

Muhyiddin berkata beliau amat terkesan mendengar perkhabaran daripada pemimpin Hamas itu berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza, yang amat menyedihkan serta menyayat hati.


"Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam perbualan telefon itu, Muhyiddin berkata Ismail sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang diberikan.

Perdana Menteri turut menegaskan pendirian serta usaha telah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik sukar itu. Beliau turut mengulangi komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

Muhyiddin turut berkongsi keprihatinan dan inisiatif dilakukan badan bukan kerajaan di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin pada waktu mencabar ini.


Tapi Ismail Haniyeh.. sebenarnya berada di Doha, Qatar bukan di Semenanjung Gaza...


Oleh itu pembetulan telah dibuat..


Tapi.. bila dah salah alamat tu inilah hasilnya..




Lagi komen sila lihat di SINI


Demikianlah Artikel Bila Muhyiddin Tersalah Alamat...

Sekianlah artikel Bila Muhyiddin Tersalah Alamat... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bila Muhyiddin Tersalah Alamat... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/bila-muhyiddin-tersalah-alamat.html

Subscribe to receive free email updates: