COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal?link :
COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal?
Baca juga
COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal?
PKPD telah 'mengurung' sebahagian besar 8 juta warga Lembah Klang di kediaman masing-masing dari 3 hingga 16 Julai apabila hanya boleh bergerak sekitar radius 10 kilometer. Lebih tragis, PKPD tersebut adalah sambungan daripada total lockdown di seluruh negara yang sudah bermula sejak 1 Jun lalu.
Pendek kata secara mudahnya sudah 44 hari rakyat Malaysia terutamanya warga Lembah Klang 'berkurung'.
Sebagai perbandingan rakyat Malaysia juga pernah berkurung secara lebih ketat pada PKP1.0 selama 47 hari dari 18 Mac sehingga 3 Mei 2020.
Namun, tragisnya hasil daripada total lockdown dan PKPD hari ini yang cuma tiga hari berkurang daripada PKP1.0 sangatlah mendukacitakan.
Bukan sahaja kita gagal melandaikan lengkungan graf, malah jauh lebih buruk pada hari-hari terakhir PKPD jumlah kes hari mencanak naik mencatatkan rekod tertinggi.
Pada 13 Julai lalu, buat kali pertamanya dalam tempoh setahun enam bulan ini, Malaysia mencatatkan kes harian melepasi lima digit iaitu 11,079 kes. Pada Selasa, angka tersebut semakin tinggi 11,618 kes dan pada Rabu angka naik lagi kepada 13,215 kes.
Justeru di mana silapnya taktik perang kita melawan Covid-19.
Adakah kita berperang di medan perang yang salah atau kita merawat di tempat yang salah?.. dan adakah kita telah gagal?
Baca, apa pendapat Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani dari Universiti Sains Islam Malaysia & Dr. Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia
Malaysia dikejutkan dengan jumlah kes harian baharu tertinggi dalam sejarah sejak Covid-19 diumumkan pandemik pada tahun lalu dengan 13,215 kes (15 Julai), 12,541 kes (16 Julai) dan 12,528 kes pada 17 Julai lalu.
Begitupun, perincian mengenai kes-kes ini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Nor Hisham Abdullah sepatutnya mampu meredakan kebimbangan mereka yang melihat jumlah kes yang tinggi sebagai kegagalan mengawal penularan Covid-19.
Daripada 13,215 kes pada 15 Julai, sebanyak 8,047 kes (60.9 peratus) adalah kategori 1 (tidak bergejala) manakala 4,637 kes (35.1 peratus) kategori 2 (bergejala ringan).
Daripada 12,541 kes pada 16 Julai, sebanyak 6,504 kes (51.9 peratus) daripada kategori 1 dan 5,848 kes (46.6 peratus) kategori 2.
Daripada 12,528 kes pada 17 Julai, 6,840 kes (54.6 peratus) adalah kategori 1 manakala 5,468 kes (43.6 peratus) kategori 2.
Ini menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif yang dilaporkan daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan, iaitu 96.0 peratus pada 15 Julai, 98.5 peratus (16 Julai) dan 98.2 peratus (17 Julai).
Seperti dijelaskan oleh Nor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini akan mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.
Dalam menghadapi pandemik ini, kepantasan untuk menghalang jangkitan adalah paling utama. Namun begitu, selagi kita semua masih belum mencapai kadar pemberian vaksin yang tinggi, agak mustahil untuk menamatkan pandemik ini dengan segera.
Penting untuk difahamkan, kerajaan tidak gagal tetapi sebaliknya sedang berusaha keras untuk bertindak balas kepada cabaran-cabaran baharu.
Sumber Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin membeli lebih banyak vaksin untuk Selangor dan Kuala Lumpur.
Sebelum ini sasaran kerajaan adalah 80 peratus vaksinasi kepada golongan dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur menjelang Oktober tetapi kini dengan kemasukan varian baharu dan peningkatan kes, sasaran baharu kerajaan adalah 100 peratus vaksinasi di kawasan tersebut pada akhir Julai ini.
Secara lebih spesifiknya, usaha Operasi Kapasiti Lonjak Lembah Klang ini menyasarkan 6.1 juta populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.
Dalam konteks inilah maka kerajaan memutuskan untuk membenarkan warga emas berumur 60 tahun ke atas di Selangor dan Kuala Lumpur yang masih belum menerima janji temu hadir ke Pusat-Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendapatkan vaksin secara walk-in.
Lebih dari itu, Muhyiddin juga mengarahkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong yang bekerja keras sejak dua minggu lalu bagi memastikan keadaan kembali terkawal di Selangor dengan membuat pelbagai keputusan cepat dan tepat.
Dengan proses vaksinasi giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam yang masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, diyakini kerajaan akan mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak.
PERANCIS
Peningkatan kes pada masa ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Selain kes-kes sporadik yang dilaporkan, varian baharu Delta yang lebih cepat merebak turut menyumbang kepada kenaikan jumlah kes.
Perancis adalah antara negara mencatatkan peratusan rendah di Eropah berjaya meningkatkan kesedaran untuk mencapai jumlah vaksinasi yang tinggi setelah penduduknya bimbang dengan penularan pantas varian Delta.
Pengumuman kerajaan Perancis bahawa kelonggaran tertentu akan diberikan kepada mereka yang telah melengkapkan dua dos vaksin berjaya meningkatkan jumlah penerima vaksin di negara itu. Perkara sama juga sedang dilakukan di Malaysia melalui pengumuman serupa oleh Muhyiddin yang dijangka berjaya meningkatkan jumlah penerima vaksin di negara ini.
Pakar-pakar kesihatan yakin, memperhebatkan kadar pemberian vaksin adalah salah satu cara berkesan untuk menangani pandemik ini.
Sehubungan itu, berita menggembirakan adalah bila Malaysia menjadi antara negara berada dalam senarai teratas pada masa ini dalam pemberian vaksin kepada penduduknya dengan kadar vaksinasi harian melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia dengan lebih 400,000 dos suntikan diberikan sehari, sebaris negara-negara maju lain seperti Kanada dan Australia.
Data mutakhir menunjukkan 406,763 dos vaksin diberikan pada 16 Julai lalu manakala jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di negara ini setakat 11:59 malam 16 Julai pula adalah 13,621, 884.
Kita dapat melihat kesungguhan semua pihak mempercepatkan pemberian vaksin, termasuk melalui program outreach ataupun program vaksinasi di kawasan pedalaman, di mana di tempat tertentu vaksin diturunkan dengan bantuan pihak bomba secara winching.
Dengan peningkatan kadar pemberian vaksin ini, kes harian dijangka dapat diturunkan kepada jumlah yang minimum beberapa bulan lagi. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang telah memulakan program imunisasi mereka lebih awal kepada lebih ramai penduduk, penurunan kes kemasukan ke hospital dan penurunan kadar kematian dicatatkan.
Semua ini merupakan petanda yang baik untuk kita keluar daripada pandemik ini.
- Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani ialah Profesor Madya Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia
- Dr. Kamarul Zaman Yusoff ialah Pensyarah Kanan di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.
Laporan dipetik dari
Utusan
Demikianlah Artikel COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal?
Sekianlah artikel COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel COVID-19: Adakah Kita Telah Gagal? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/covid-19-adakah-kita-telah-gagal.html