Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15

Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15
link : Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15

Baca juga


Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15

PUTRAJAYA: Pengundi muda dan atas pagar dijangka menjadi penentu hala tuju politik negara pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) dengan kemunculan 5.94 juta pemilih dalam kumpulan umur 21 hingga 39 tahun yang diwartakan setakat 24 Mei lalu.

Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) suku pertama tahun ini yang diperoleh Utusan Malaysia, terdapat pertambahan kira-kira setengah juta pengundi baharu, menjadikan keseluruhan 15,361,052 pemilih yang layak mengundi jika PRU diadakan pada tahun ini.


Malah, jika pendaftaran secara automatik pengundi 18 tahun dilaksanakan, dianggarkan seramai 7.8 juta pengundi baharu akan muncul sehingga penggal Parlimen tamat 2023, sekali gus keseluruhan jumlah pengundi berdaftar mencapai 23 juta orang.

Seramai 14,940,624 pemilih mengambil bahagian dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Mengikut data terbaharu SPR, Selangor merekodkan pengundi muda paling tinggi iaitu seramai 980,335 orang, diikuti Johor 688,439 orang dan Perak, 546,909 orang.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr. Jeniri Amir berkata, kuasa pengundi muda menjadi ujian dan cabaran bagi mana-mana parti politik bagaimana untuk memikat golongan terbesar itu yang mempunyai pengaruh dan pendirian tersendiri.

Ini katanya, sekali gus mampu menentukan pola pengundian dan siapa bakal memenangi satu-satu kawasan atau di peringkat negara.

Justeru, beliau berkata, dalam konteks ini, naratif yang dikemukakan mana-mana parti politik untuk menambat hati golongan itu hendaklah bersesuaian dengan aspirasi dan sentimen mereka khususnya soal ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan keperluan-keperluan lain termasuk dari segi teknologi maklumat.

Jelasnya, kegagalan untuk memahami kehendak mereka boleh membawa kesan besar dan kemudaratan kepada mana-mana calon dan parti.

Oleh itu, kata beliau, pelbagai strategi dan pendekatan ke arah sentimen mereka tidak boleh diabaikan termasuk memberikan tempat sebagai calon.

“Kita mahu saksikan salah satu langkah terbaik, tampilkan golongan muda yang ada wibawa, berketrampilan dan berintegriti sama ada dalam atau luar parti yang sudah ada pencapaian dan nama dalam masyarakat menjadi formula terbaik menambat golongan muda.

“Akhirnya kita hendak lihat penampilan golongan muda ini meneruskan kesinambungan kepimpinan negara yang ketika ini dilihat sudah ketandusan, kita perlukan kepimpinan golongan muda untuk meremajakan dan memberi idea baharu untuk menggerakkan negara ke hadapan,” katanya di sini semalam.

Jeniri berkata, semua parti poliitik juga perlu berani menampilkan sejumlah calon dan pemimpin muda dalam pelbagai bidang dan kaum untuk menjadi suara bukan sahaja golongan muda, tetapi jurubicara baharu negara sesuai dengan tuntutan cabaran dan keperluan baharu.

“Semua parti perlu keluar daripada kepompong kepimpinan lama,” katanya.

Dalam pada itu, Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Achmad Dzariean Mohd. Nadzri berkata, kuasa pengundi muda tidak dapat dinafikan dan dijangka peningkatan 40 peratus pengundi golongan itu pada masa akan datang sekiranya undi 18 tahun dilaksanakan.

Beliau berkata, jumlah itu adalah angka besar yang tidak dapat dimonopoli mana-mana parti kerana masing-masing tidak tahu perkiraan sokongan pengundi muda yang jelas menjadi rebutan parti-parti menggunakan apa sahaja strategi berkesan untuk menarik undi.

Dalam konteks ini, katanya, mana-mana parti politik harus pandai merebut peluang terutama UMNO dan Pas untuk mengukuhkan kembali hubungan dalam Muafakat Nasional (MN) kerana gabungan ini semakin diterima rakyat jika melihat prestasi kemenangan pada enam siri pilihan raya kecil (PRK) lalu.

“Strategi gabungan ini boleh diguna pakai kerana pengundi dilihat boleh menerima jika kena pada gaya. Walaupun agak tidak signifikan mengukur sokongan pengundi semasa PRK dan PRU, ternyata UMNO tidak boleh bersendirian dan memerlukan rakan kongsi sekali gus ‘litmus test’ yang berlaku dalam MN merupakan satu ujian yang berjaya mengekalkan momentum kebersamaan.

“Bagaimanapun, tidak ada parti yang boleh mendabik dada mengatakan mereka mempunyai sokongan mantap ketika ini melihat kepada peningkatan pengundi muda dan isu semasa yang berlaku. Mereka mesti bergabung dengan mana-mana parti lain dan menunjukkan kepada rakyat gabungan ini mampu untuk mengemudi negara,” katanya.

SPR menjangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 tahun hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 setelah menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan dan persiapan awal suruhanjaya itu.

SPR komited dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 seperti yang diluluskan di Parlimen untuk direalisasikan pada PRU-15 pada tahun 2023 berpandukan kepada Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN



Demikianlah Artikel Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15

Sekianlah artikel Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengundi Muda Akan Tentukan Siapa Kerajaan Selepas PRU-15 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/pengundi-muda-akan-tentukan-siapa.html

Subscribe to receive free email updates: