Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni...

Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni...
link : Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni...

Baca juga


Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni...

Kegiatan ini dipercayai dilakukan individu dan sindiket yang didakwa mula menular di hospital-hospital awam apabila memperdaya waris pesakit yang mati akibat Covid-19 dengan tawaran pakej pengurusan jenazah pada harga tidak masuk akal.

Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri kepada Utusan Malaysia apabila menerima aduan beberapa waris yang mendakwa keliru dengan pengurusan jenazah Covid-19 yang sebelum ini dimaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiada bayaran dikenakan apabila menguruskan jenazah pesakit terbabit.


Beliau berkata, caj maksimum yang dikenakan RM2,000 termasuk proses tayamum jenazah pada kadar RM400 hingga RM800 mengikut saiz jenazah, sedangkan proses berkenaan tidak dikenakan bayaran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah terlibat dalam pengurusan jenazah Covid-19.

Katanya, aduan yang diterima itu kesemuanya menunjukkan resit yang tertera jenis caj yang dikenakan seperti proses tayamum pada kadar RM400 hingga RM800 sedangkan ia tidak dikenakan bayaran oleh JAIS dan NGO yang terlibat dalam pengurusan jenazah Covid-19.

“‘Ulat-ulat’ ini berjubah atau berkopiah bagi lelaki dan bertudung labuh bagi wanita sering berada berhampiran unit forensik, malah penampilan mereka menyakinkan seolah-olah menjalankan perkhidmatan secara sah di samping menunjukkan perwatakan baik kononnya mahu membantu waris.

“Taktik sedemikian bagaimanapun digunakan sindiket terbabit bagi memperdaya waris yang kehilangan ahli keluarga mereka akibat Covid-19 dan tidak mahu menunggu lama untuk mengebumikan jenazah,” katanya di sini.

Azmizam berkata, tabiat kartel itu adalah bersedia dekat jabatan forensik menunggu waris yang terdesak bukan setakat dari segi kewangan, tetapi mahu menguruskan jenazah ahli keluarga dengan segera.

“Situasi sedemikian timbul apabila waris buntu apabila tak tahu jenazah ada di mana sama ada di wad ataupun sudah ada di rumah mayat.

“Bila ‘ulat’ ini tengok waris ini mundar-mandir, dia pun mendekati mereka dan cuba kononnya menolong untuk mengeluar, mengurus dan mengebumikan jenazah. Di situlah waris diperdaya dengan macam-macam cara.

“Ada yang manis mulut kata tiada bayaran dikenakan, bayaran seikhlas hati dan macam-macam lagi. Bila sudah selesai, tiba-tiba ada angka kos yang diminta untuk dijelaskan oleh waris, tetapi kita punya adab tak mahu biarkan orang mati meninggalkan hutang, jadi bayar sahajalah,” ujarnya.

Azmizam menambah, beliau menyokong usaha-usaha dilakukan oleh NGO termasuk yang dinaunginya iaitu Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dengan matlmat mahu memerangi ‘ulat jenazah Covid-19.

Katanya, banyak NGO terpaksa menanggung fitnah yang dilemparkan pihak tertentu apabila ‘ulat-ulat’ ini mengenakan bayaran sehingga maksimum RM2,000 bagi setiap jenazah dan secara tidak langsung masalah itu mencemari usaha murni dilakukan sebelum ini.

“UKVJ dan NGO lain sanggup membantu menguruskan jenazah dari peringkat awal malah sukarelawan dilatih oleh pihak hospital untuk membantu mereka menguruskan jenazah yang banyak sejak akibat Covid-19.

“Saya menyedari, hospital tidak mampu untuk melakukan semua, sebab ada jenazah Islam dan bukan Islam. Sukarelawan NGO terlatih pula, mempunyai tauliah untuk uruskan jenazah berasingan lelaki dan wanita,” jelasnya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, sikap tidak patuh syariah semasa menguruskan jenazah Covid-19 menjadi punca Hospital Shah Alam (HSA) melarang penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan jenazah Covid-19 di hospital itu.

Pengarahnya, Dr. Ruzita Othman berkata, NGO itu didapati tidak mengikut cara tayamum yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa pandemik Covid-19 ketika ini. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni...

Sekianlah artikel Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahalnya Upah Tayammum Jenazah Mangsa Covid-19 Ni... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/mahalnya-upah-tayammum-jenazah-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates: