Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara..link :
Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara..
Baca juga
Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara..
PUTRAJAYA: Penghijrahan jururawat ke luar negara dijangka terus melonjak susulan banyak negara kini membuka pasaran buruh berkenaan dengan tawaran gaji lumayan selain memberi kelonggaran dalam pemakaian hijab.
Terbaharu, Singapura mulai November ini membenarkan jururawat beragama Islam memakai tudung sekali gus memberi pilihan terbaik buat jururawat negara ini berkhidmat di negara itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Hamidah Othman berkata, setiap tahun ribuan jururawat terlatih berhijrah ke luar negara selepas menamatkan kursus masing-masing.
“Antara punca utama penghijrahan kerana peluang di negara sendiri terhad manakala kekosongan sedia ada pula lebih ‘memihak’ kepada jururawat lulusan diploma berbanding lulusan ijazah,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan ramai graduan kejururawatan dengan taraf ijazah sarjana muda keluaran universiti awam dan swasta terpaksa meneroka pasaran di luar negara.
Katanya, kelompok tersebut bukan tidak sayangkan tanah air sebaliknya mungkin ‘merajuk’ kerana berasa dipinggirkan apabila tiada tempat di negara sendiri yang lebih mengutamakan lepasan diploma.
Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri mengakui terdapat 14 buah negara menjadi tumpuan jururawat Malaysia berhijrah terutamanya di Arab Saudi dan diikuti Britain, Jerman, Jepun dan Australia.
Negara-negara tersebut sudah lama memberi kelonggaran dalam kod pakaian seragam berhijab bagi disesuaikan dengan imej jururawat negara ini selain mereka dikagumi kerana berdedikasi ketika menjalankan tugas.
Mengulas lanjut, Hamidah berkata, jururawat yang sudah bekerja di luar negara itu juga seronok bekerja di negara asing yang menyediakan pelbagai kemudahan selain gaji bulanan yang menyamai kadar setahun di Malaysia.
“Seperti di Singapura, selama ini ramai jururawat Malaysia adalah lelaki dan saya jangka selepas ini ramai jururawat wanita Islam pula akan berhijrah beramai-ramai ke republik itu akhir tahun ini,” kata Hamidah.
Kata beliau, republik kecil itu menjadi pilihan terbaik atas faktor jarak lebih dekat, persamaan budaya setempat selain isu tawaran gaji lebih tinggi sejajar piawaian tinggi sejagat.
Isu aliran keluar jururawat turut dipersetujui pensyarah kanan di Kulliyyah Kejururawatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Sanisah Saidi yang berkata, ramai bekas pelajarnya datang meminta surat sokongan untuk mereka bertugas di luar negara kerana kecewa tidak banyak penempatan di fasiliti KKM.
“Isu ini melibatkan pelajar bukan tajaan kementerian yang tidak terikat kontrak dan bebas ke mana mereka mahu bekerja selepas habis belajar, tetapi tetap sedih ekoran tiada kekosongan jawatan di negara sendiri,” jelasnya.
Menurut beliau, pusat pengajian kejururawatan sama ada universiti awam dan swasta di negara ini melatih bakal jururawat untuk misi khusus ‘dieksport’ ke luar negara.
Apatah lagi tahap mutu latihan kejururawatan di Malaysia, katanya, adalah terbaik di dunia bahkan jururawat tempatan menjadi ‘rebutan’ banyak negara maju yang mengalami kekurangan petugas itu.
Peluang kesempatan ini turut diambil Singapura yang tidak perlu membazir wang membina institusi khusus latihan jururawat sendiri kerana bekalan sumber manusia ‘dikilangkan’ di Malaysia.
“Dalam jangka panjang, jika trend masih berterusan, Malaysia yang bakal menanggung kerugian sebab berlaku ‘drain brain’ atau aliran bakat terbaik ke luar negara kerana kesilapan kita sendiri,” kata Sanisah.
Selain 16 institusi latihan kejururawatan di bawah KKM, terdapat 10 buah universiti awam dan 49 pusat pengajian tinggi swasta yang menawarkan kursus kejururawatan di negara ini.-
UTUSAN
Demikianlah Artikel Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara..
Sekianlah artikel Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Doktor Lari Ke Swasta, Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/doktor-lari-ke-swasta-jururawat-pula.html