Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS

Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS
link : Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS

Baca juga


Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka hadir ke Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal malam ini.
 
Kehadiran Abdul Khalid itu dikatakan hanya sekadar memenuhi jemputan daripada penganjur, dan menunjukkan sokongan kepada PAS.
 
"Saya kira sangat molek menghadiri acara untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu penyatuan ummah serta menguatkan usaha membina masyarakat madani di Malaysia.
 
"Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sebelum ini ada desas-desus mengatakan ADUN Pelabuhan Klang itu akan menyertai PAS berikutan beliau sering dilihat hadir dalam beberapa program yang dianjurkan parti itu.
 
Semalam Antarapos melaporkan bahawa, PAS ada mempelawa Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk menjalin kerjasama menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PKR.
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abdul Khalid lebih sesuai bersama partinya berbanding Umno.
 
Sebelum ini Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata sekiranya Abdul Khalid sudi bersama Barisan Nasional (BN).
 
Keputusan itu boleh menyokong usaha pihaknya bagi menunjukkan kepada rakyat mengenai tatacara dan perancangan yang pernah dilaksanakan tiga bekas menteri besar semasa membangunkan Selangor.
 
Khalid dipecat PKR kerana engkar arahan parti untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam episod Langkah Kajang pada tahun 2014. 
 
PAS menganjurkan himpunan besar-besaran di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus di Kuala Terengganu mulai semalam dan kemuncaknya akan berlangsung pada malam ini.
 
Menyasarkan kehadiran 200,000 orang Fastaqim 2.0 adalah simbolik PAS untuk menunjukkan kesungguhan dan kesediaan mereka menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS

Sekianlah artikel Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid hadir Fastaqim 2.0 tanda sokongan kepada PAS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/khalid-hadir-fastaqim-20-tanda-sokongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :