Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?link :
Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?
Baca juga
Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?
Kuala Lumpur: Peluang yang lebih cerah punca utama kebanyakan 948 pakar perubatan meletak jawatan dalam perkhidmatan awam dan beralih ke sektor swasta sejak 2016 sehingga Jun lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (KKM), perincian perincian doktor yang meletak jawatan ialah 158 orang pada 2016; 170 (2017); 198 (2018); 229 2019); 161 2020) dan 32 orang sehingga Jun lalu.
"Bagi pegawai perubatan lantikan tetap yang meletak jawatan berjumlah 4,028 orang iaitu 874 orang pada 2016, 869 (2017); 734 2018); 915 (2019); 534 (2020) dan 102 orang sehinhga Jun lalu," katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang mahu mengetahui punca kebanyakan pakar perubatan meletak jawatan daripada KKM.
Khairy berkata, faktor mereka meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam adalah peluang di sektor swasta terutama bagi pakar perubatan.
"Walaupun kita cuba meningkatkan elaun pakar dalam perkhidmatan awam, namun ia tidak setanding dengan apa yang mereka dapat di sektor swasta.
"Bagaimanapun, kita memberi kelonggaran kepada pakar kita sehari seminggu untuk mereka melaksanakan tugas di sektor swasta untuk mendapat pendapatan tambahan.
"Kita perlu melihat apa lagi kemudahan kita boleh bagi kepada mereka (pakar) supaya mereka kekal dalam sistem kesihatan awam," katanya.
Menurutnya, kebanyakan pakar perubatan yang masih kekal di perkhidmatan awam kerana mempunyai 'sense of nasional duty'.
"Semangat mereka yang masih kekal ini untuk memastikan sumbangan diberikan terus kepada orang ramai sedangkan latihan mereka ditanggung semua oleh kerajaan.
"Ini adalah satu semangat terbaik dan perlu dipuji, sebab kebanyakan pakar di Malaysia adalah datang daripada kilang KKM termasuk mereka yang berada di hospital swasta sekarang," katanya.
Menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu Khairy menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak supaya negara tidak mengalami 'brain drained' pada masa akan datang.
Khairy berkata, jumlah Pakar dan Pegawai Perubatan yang berkhidmat bersama KKM berjumlah 55,981 orang.
"Akta Perubatan 1971 menetapkan graduan perubatan yang mendapat pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu diberi peluang untuk menjalani latihan siswazah oleh kerajaan.
"Sebelum 2016, semua graduan perubatan yang menjalani latihan siswazah di KKM dilantik secara tetap kerajaan," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan tekanan tinggi untuk meneruskan pelantikan tetap.
"Sebagai gambaran, antara 2009 hingga 2015, keluaran graduan perubatan hanya sekitar 3,000 setahun, tetapi bermula 2016, jumlah keluaran graduan perubatan adalah antara 5,000 hingga 6,000 orang setiap tahun.
"Berdasarkan perkembangan ini, kerajaan pada 13 Oktober 2016 memutuskan supaya graduan perubatan ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan melengkapkan khidmat wajib selaras dengan obligasi di bawah Akta Perubatan 1971.
"Selepas melengkapkan latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan mengharapkan supaya mereka diserap sebagai pegawai perubatan lantikan tetap, bagaimanapun berikutan pelaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan kawalan perbelanjaan kewangan secara berhemah, bukan semua graduan perubatan yang melengkapkan latihan siswazah dapat dilantik secara tetap disebabkan perjawatan yang terhad," katanya.
Katanya, bagi menangani masalah yang dihadapi doktor kontrak, kerajaan pada 14 Julai lalu juga bersetuju supaya pegawai perubatan lantikan kontrak yang melengkapkan khidmat wajib dua tahun dilanjutkan tempoh kontrak untuk dua tahun lagi bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian kepakaran.
Laporan dipetik dari
MyMetro
Demikianlah Artikel Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?
Sekianlah artikel Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/kenapa-hampir-1000-pakar-perubatan.html