Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haram - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haramlink :
Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haram
Baca juga
Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes rasuahnya.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas beliau berkata, mahkamah berpuas hati dengan permintaan pihak pendakwaan untuk perintah membebaskan Azeez.
“Ini bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan siasatan mereka mengenai petunjuk ‘baharu’, selepas tertuduh (Azeez) mengemukakan representasinya (atas) pertuduhan.
“Mahkamah tidak boleh (membuat kesimpulan) bahawa pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan perbicaraan,” katanya.
Setakat ini, hanya lima saksi telah memberi keterangan sejak perbicaraan bermula pada 2020.
Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk sebutan sementara menunggu keputusan oleh peguam negara mengenai representasi Azeez yang menuntut penarikan balik tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Pihak pembelaan telah mengemukakan lima representasi kepada pihak pendakwaan berhubung tuduhan dihadapi Azeez.
Bekas pengerusi Tabung Haji itu didakwa pada 2019 atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.
Dia juga berdepan 10 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta dana daripada sebuah syarikat, Menuju Asas Sdn Bhd.
Bagaimanapun, empat daripada 10 tuduhan pengubahan wang haramnya membabitkan RM12.9 juta telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan awal bulan ini.
Mahkamah Rayuan memerintahkan Azeez dibicarakan atas baki enam tuduhan pengubahan wang haram dan tiga tuduhan rasuah.
Azeez diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, manakala Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengendalikan pendakwaan ~ FMT
Demikianlah Artikel Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haram
Sekianlah artikel Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azeez Lepas Tanpa Bebas Kes Rasuah, Ubah Wang Haram dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/azeez-lepas-tanpa-bebas-kes-rasuah-ubah.html