Analisis Awal Belanjawan 2023

Analisis Awal Belanjawan 2023 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Analisis Awal Belanjawan 2023, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Analisis Awal Belanjawan 2023
link : Analisis Awal Belanjawan 2023

Baca juga


Analisis Awal Belanjawan 2023

BELANJAWAN 2023 yang telah dibentangkan semula membabitkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Daripada segi angka, Belanjawan 2023 ini melibatkan peruntukan terbesar dalam sejarah negara.

Begitu juga perbelanjaan pembangunan juga iaitu RM99 bilion juga yang terbesar yang pernah disediakan.

Persoalan yang timbul, adakah Belanjawan 2023 dengan peruntukan terbesar ini benar-benar dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan dan mampukah ia membantu untuk merancakkan ekonomi negara serta memberi nafas baharu kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)?

Jika kita soroti semula inti pati belanjawan ini maka kita dapati ia memberikan fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah.

Hal ini disebabkan oleh kumpulan T20 pada ketika ini menguasai hampir 50 peratus jumlah pendapatan isi rumah. Selain daripada bantuan tunai yang diberikan kepada kumpulan B40, M40 juga memperoleh manfaat melalui lebihan pendapatan boleh guna dengan pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000 yang memberikan manfaat kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300. Sebagai contoh, pendapatan bercukai RM35,001 ke RM50,000, kadar cukai turun daripada 8 kepada 6 peratus.

Pendapatan bercukai RM50,001 ke RM70,000 turun daripada 13 peratus kepada 11 peratus. Manakala pendapatan bercukai RM70,001 ke RM100,000 turun daripada 21 kepada 19 peratus.

Dalam masa yang sama kadar cukai bagi mereka yang melibatkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta naik antara 0.5 sehingga 2 peratus. Sebagai contoh pendapatan bercukai RM100,001 ke RM250,000 naik daripada 24 ke 25 peratus, manakala pendapatan bercukai RM250,001 ke RM400,000 naik 24.5 ke 25 peratus. Mereka yang pendapatan bercukai RM600,001 hingga RM1 juta pula naik daripada 26 ke 28 peratus.

Namun, mengambil kira situasi semasa, terdapat keperluan untuk Kerajaan melihat semula mereka yang memperolehi pendapatan bercukai bawah RM150,000 untuk tidak dinaikkan cukai pendapatan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang melambung tingg.

Selain itu, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 kepada 15 peratus. Pengurangan ini dapat memberi penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 pembayar cukai PMKS.

Langkah ini penting yang mana dalam konteks sumbangan KDNK dan peluang pekerjaan, sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah melebihi 1 per tiga pada ketika ini dan ia berpotensi menyumbang sebanyak 45 peratus menjelang 2025. PMKS juga menggaji 66 peratus dari lebih 16 juta tenaga kerja negara.

Di dalam belanjawan ini juga dinyatakan tarif elektrik dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS tetapi syarikat besar kecuali sektor makanan dan pertanian telah dinaikkan.

Persoalannya, adakah syarikat besar akan serap tambahan surcaj tarif elektrik atau berkongsi kos ini dengan pengguna atau mengalihkan 100 peratus kos surcaj tarif elektrik ini kepada pengguna?

Ada kebenaran apa yang diutarakan oleh CUEPACS berkenaan reaksi terhadap Bajet 2023 dengan kenaikan kos sara hidup yang naik secara mendadak dengan kenaikan harga barangan yang melambung pada ketika dan ia dilihat tidak bertepatan dengan gaji dan upah yang diterima.

Walaupun dengan adanya lebihan pendapatan boleh guna melalui pengurangan cukai pendapatan terutamanya bagi M40, namun hakikat sebenarnya, pergerakan gaji pekerja sektor awam dan swasta tidak seimbang dengan kenaikan kos sara hidup yang melambung pada tahap yang amat luar biasa pada ketika ini.

Terdapat keperluan bagi kerajaan untuk melihat semula isu ini agar gaji yang diperoleh oleh pekerja adalah setimpal dengan keadaan semasa dan bukan hanya melihat kepada penurunan kadar pengangguran sahaja.

 

Profesor Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia.


Demikianlah Artikel Analisis Awal Belanjawan 2023

Sekianlah artikel Analisis Awal Belanjawan 2023 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Analisis Awal Belanjawan 2023 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/analisis-awal-belanjawan-2023.html

Subscribe to receive free email updates: