Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA?

Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA?
link : Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA?

Baca juga


Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA?

Menurut laporan dari Defence Security Asia, kesemua 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 keluaran syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang bakal diperolehi oleh Malaysia dibawah program perolehan Fasa 1 pesawat itu terdiri daripada varian Block 20.

Varian FA-50 Block 20 adalah varian paling berkemampuan dan terkini berbanding varian lain pesawat pejuang tersebut.

Malaysia merupakan pelanggan pertama bagi varian FA-50 Block 20 di Asia Tenggara dan kedua di dunia selepas Poland yang turut menandatangani perjanjian dengan KAI tahun lepas untuk memperolehi varian terkini bagi pesawat pejuang ringan itu.

Poland memperolehi 48 buah pesawat FA-50 terdiri daripada kombinasi varian Block 20 dan Block 10.

Selain Malaysia, pengguna lain pesawat pejuang FA-50/T-50 daripada varian terdahulu di Asia Tenggara adalah Thailand (14 buah T-50), Filipina (12 buah FA-50 dan Indonesia (22 buah T-50).

Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mula menerima kumpulan pertama empat buah pesawat pejuang FA-50 Block 20 pada akhir tahun 2026.

Perolehan ini sudah pasti bakal dijadikan ‘peluru’ oleh pihak-pihak yang kurang senang dengan keputusan dibuat TUDM dan direstui kerajaan hari ini.

Ia mungkin bakal dimanipulasi sebagai senjata politik oleh bloggers dan ‘tik-tokers’ yang hanya mementingkan bayaran upah, bilangan ‘like’ berbanding informasi tepat demi kesejahteraan dan keselamatan negara.

Mereka mungkin akan membandingkan dengan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang akan memperoleh lagi lapan jet pejuang F-35B, yang akan menjadikan jumlah keseluruhan jet pejuang generasi kelima itu sebanyak 12 kesemuanya.

Singapura akan menerima penghantaran lapan jet pejuang itu daripada pengeluar Amerika Syarikat (AS) Lockheed Martin "menjelang akhir dekad ini", kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen di Parlimen pada Jumaat (24 Feb).

Antara FA-50 Block 20 dan F-35B memang jauh bezanya.. jadi mengapa TUDM memilih LCA tidak MRCA?

Bacalah..

DALAM satu kenyataan baru-baru ini, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari akhirnya mengesahkan pembelian 18 buah pesawat tempur ringan jenis FA-50 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Korea Selatan bernilai RM4.08 bilion

Firma KAI, iaitu pengeluar tunggal pesawat dijangka mula membuat penghantaran pertama pada 2026.

Pembelian tersebut merupakan keperluan mendesak sebagai pesawat latihan berkemampuan tinggi yang turut sama boleh diguna pakai sebagai pesawat tempur ringan.

Pesawat yang dikelaskan sebagai Light Combat Aircrat (LCA) dijangka mampu memberikan latihan penyesuaian dan kecekapan kepada juruterbang TUDM untuk mengendalikan pesawat yang lebih canggih dan berkemampuan dengan teknologi yang lebih ke hadapan.

Antara pesawat-pesawat yang turut ditawarkan kepada TUDM bagi perolehan program LCA ini adalah pesawat Tejas dari India, JF-17 (Pakistan), MIG-35 (Russia) dan Hurizet (Turki).

Perolehan 18 buah pesawat ini walau bagaimanapun, sepertimana yang berlaku pada sebahagian program perolehan Kementerian Pertahanan (Mindef) turut ‘tercemar’ dan dikaitkan dengan pelbagai isu, termasuk laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh salah satu pihak yang turut bersaing dalam tender itu.

Tentunya keputusan pemilihan pesawat FA-50 tidak akan mampu memberikan jawapan kepada semua kekurangan atau kepincangan yang mungkin wujud dalam usaha TUDM memperkasakan kemampuan pertahanan ruang udara Malaysia.

Kita harus faham kenapa TUDM memilih perolehan pesawat jenis LCA berbanding pesawat pemintas atau jet tempur berkapasiti tinggi seperti MRCA (Multi-Role Combat Aircraft).

Realiti geostrategik rantau ini di samping kemampuan kewangan yang tenat akibat penjarahan dana kronik yang berlaku sekian lama serta bebanan hutang negara melampau perlu diambil kira.

Terdapat dua kuasa dunia mempunyai agenda tersendiri di rantau Asia Tenggara dan Laut China Selatan. Ia adalah China dan Amerika Syarikat.

Secara logiknya perlumbaan untuk mempamerkan kekuatan dan kehadiran fizikal aset ketenteraan oleh kedua-dua negara di kawasan ini telah mengakibatkan berlaku perlumbaan senjata berskala kecil.

Bagi negara-negara yang mempunyai sempadan maritim secara langsung dengan kawasan tersebut, adalah sukar untuk menandingi kemampuan mahupun jumlah aset fizikal kedua kuasa tersebut yang boleh dioperasikan dengan berkesan dan untuk jangka masa panjang.

Aset pesawat udara tercanggih negara-negara seperti Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia tidak akan mampu menyaingi kemampuan aset udara Amerika Syarikat dan China sekiranya berlaku konflik perang tradisional dengan jumlah aset, tempo dan melibatkan teknologi tinggi dalam suatu tempoh jangka masa panjang.

Jika dilihat kepada kemampuan TUDM contohnya, jumlah dan jenis pesawat yang berada di kesemua pangkalan udara di negara ini masih belum cukup untuk menandingi pesawat yang berada di atas hanya sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika!

Sama ada akibat kegawatan ekonomi atau kerakusan rompakan dana pertahanan negara menerusi pelbagai transaksi meragukan dalam sesuatu program, sebahagian negara-negara global kini turut mempunyai trend penurunan bajet perolehan aset ketenteraan.

Kos pesawat LCA yang lebih murah selain boleh digunakan dalam latihan serta operasi antiinsurgensi turut menyumbang kepada populariti pesawat LCA seperti Yakovlev 130 / Aermacchi M-346, BAE Systems Hawk 208/9 dan KAI T-50.

Sifat LCA yang mempunyai kelajuan subsonik tinggi, saiz lebih kecil dan kos pengoperasian yang jauh lebih murah berbanding pesawat MRCA merupakan faktor utama pemilihannya.

Walaupun kecil dengan kemampuan daya kelincahan fizikal lebih rendah daripada pesawat tempur utama, ia masih mampu membawa sistem elektronik dan persenjataan jitu.

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia dipercayai bakal dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan seperti Pod Elektronik Mengesan Sasaran Sniper, meriam 20mm, kemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9, GBU-38 JDAM, serta peluru berpandu AGM-65 Maverick.

 

Muhammad Fuad Mat Noor 
Penganalisis pertahanan 
Penerima Anugerah Wartawan Terbaik oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 2003, 2004, 2006 dan 2007.


Demikianlah Artikel Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA?

Sekianlah artikel Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa TUDM Memilih Jet LCA Dan Tidak MRCA? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/kenapa-tudm-memilih-jet-lca-dan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: