Judul : Apa Yang Tidak Kena Dengan Kaji Selidik Mega 100 Hari Itu?
link : Apa Yang Tidak Kena Dengan Kaji Selidik Mega 100 Hari Itu?
Apa Yang Tidak Kena Dengan Kaji Selidik Mega 100 Hari Itu?
Ini adalah kali kedua lima media iaitu Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban mengadakan kaji selidik mega, kali mpertama ianya diadakan bersama tiga firma penyelidikan terdiri daripada Ilham Centre, Huayan Policy Institute Centre dan O2 Research Malaysia yang bergabung mengumpulkan suara rakyat Malaysia menjelang PRU-15 yang lalu.SEMALAM, lima media arus perdana menyiarkan dapatan kaji selidik mega, Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang mereka jalankan dari 6 hingga 16 Februari lalu dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Malaysia. Ia dinamakan kaji selidik mega kerana membabitkan lima media arus perdana memaparkan soalan-soalan secara terbuka kepada pembaca dan pelayar agensi mereka yang pada akhirnya berjaya mendapat 35,077 respons.Meneliti dapatan-dapatan kaji selidik mega ini, rata-ratanya berbentuk negatif. Dari segi Tahap Kepuasan Hati Terhadap Usaha Kerajaan Menunaikan Manifesto PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), 51 peratus tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan menunaikan manifesto PRU15, 25 peratus berpuas hati dan 24 peratus neutral.Dari segi Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), tidak menerima (47%), menerima (33%) dan neutral (33%). Dari segi Lantikan Menteri dan Timbalan Menteri, tidak menerima (47%), menerima (29%) dan neutral (24%).Dari segi Keadaan Semasa Negara, berpandangan keadaan semasa negara lemah (45%), berpandangan kuat (28%) dan berpandangan tidak lemah, tidak kuat (27%). Dari segi Situasi Ekonomi Negara, berpandangan ekonomi negara dari Disember hingga Februari 2023 bertambah buruk (39%), berpandangan bertambah baik (38%) dan berpandangan tiada perubahan (23%).Dari segi Sentimen Terhadap Hubungan Kerjasama Antara Parti-Parti Politik Di Dalam Kerajaan Campuran, berpandangan hubungan kerjasama antara parti politik dalam kerajaan tidak berjalan dengan baik (36%), berpandangan berjalan dengan baik (34%) dan berpandangan tidak pasti (30%).Ringkasan utama dapatan-dapatan kaji selidik mega ini pula adalah “Walaupun kerajaan perpaduan mempunyai dua pertiga kerusi Dewan Rakyat, tetapi tidak berpadanan dengan tahap penerimaan rakyat terhadap prestasi semasa kerajaan, adanya jurang antara sentimen rakyat dengan kerjasama pemimpin dalam kerajaan.”Begitupun, ada juga dapatan-dapatan kaji selidik mega ini yang positif, cuma kelebihan dari segi peratusan positifnya tidak tinggi, iaitu menerima blok Sabah dan Sarawak menyertai mana-mana parti yang menjadi kerajaan (39%) berbanding tidak menerima (34%), menerima Anwar sebagai Perdana Menteri (47%) berbanding tidak menerima (37%), serta berpandangan hala tuju semasa negara betul (45%) berbanding salah (30%).Kami di Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) yang pernah menjalankan beberapa kaji selidik sebelum ini ragu-ragu dengan dapatan-dapatan kaji selidik mega ini. Keraguan timbul kerana dari sudut metodologi, ada sesuatu yang tidak betul. Kaji selidik mega ini hanya membabitkan pembaca dan pelayar Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban. 35,077 respons yang diterima adalah tidak representatif kepada pandangan seluruh rakyat Malaysia, sebaliknya hanyalah cerminan kepada pendapat pembaca dan pelayar lima media arus perdana ini.Kebiasaannya, kaji selidik saintifik yang mempunyai tahap keabsahan tinggi dibuat secara tatap muka atau melalui panggilan telefon ke atas responden yang dipilih secara pensampelan rawak berstrata atau sekurang-kurangnya secara pensampelan rawak mudah meliputi semua segmentasi jantina, kaum, umur, latar belakang ekonomi, tahap pendidikan, julat pendapatan dan lokaliti.Bagaimanapun, ini tidak berlaku dalam kaji selidik mega ini kerana responden tidak dipilih secara rawak. Sebab itulah sebagai contohnya, respons kaji selidik mega ini ialah lelaki (81%) sedangkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia menunjukkan hanya 52.3 peratus rakyat Malaysia ialah lelaki.Timbul juga isu bila lima media arus perdana ini memaparkan soalan-soalan secara terbuka kepada pembaca dan pelayar agensi mereka kerana pihak partisan tertentu yang mengetahui mengenai kaji selidik mega ini boleh sahaja masuk ke dalamnya beramai-ramai untuk memastikan dapatan-dapatannya memihak kepada mereka. Dari sudut lain, terdapat banyak perkara membanggakan dilakukan oleh Anwar dan kerajaan perpaduan khususnya yang melibatkan reformasi institusi dan tata kelola baik.Pengumuman hala tuju baharu kerajaan perpaduan, iaitu gagasan Malaysia Madani baru dibuat pada 19 Januari lalu. Gagasan ini akan didukung oleh empat dasar semasa, yakni Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Bajet Tahunan Kerajaan, Pelan Baharu Antirasuah serta Matlamat Pembangunan Mampan. Belanjawan 2023 juga baru sahaja dibentangkan 24 Februari.Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah, peruntukan geran khas kepada Sabah dan Sarawak, pengekalan tarif elektrik dan kadar dasar semalaman (OPR), pengukuhan nilai ringgit, pengenalan Menu Rahmah dan sebagainya adalah antara perkara-perkara bagus yang dilaksanakan.Permukiman menteri-menteri yang diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera kerajaan juga baru dilangsungkan pada 15 Januari, manakala pemukiman timbalan-timbalan menteri baru dilangsungkan 25 Februari.Pelaksanaan perolehan kerajaan yang kini dibuat secara telus dan terbuka tanpa menggunakan kaedah rundingan terus yang mengakibatkan penjimatan wang adalah satu contoh. Pembatalan projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion dan Jana Wibawa bernilai RM7 bilion dibuat secara rundingan terus sebelum ini bila ditender semula secara telus dijangka menghasilkan penjimatan sehingga RM3 bilion.Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff baru dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Februari. Oleh itu, beliau memerlukan sedikit masa untuk membetulkan persepsi masyarakat serta menyampaikan kepada rakyat segala pencapaian Anwar dan kerajaan perpaduan.Semakan prestasi menteri selalunya dibuat berdasarkan tiga elemen utama, iaitu prestasi kementerian atau agensi, prestasi kepimpinan menteri dari segi kecekapan inisiatif mereka serta persepsi masyarakat terhadap menteri. Kaji selidik hanyalah sekadar mencerminkan persepsi masyarakat terhadap menteri.Kaji selidik yang dibuat menggunakan metodologi yang betul dan dalam tempoh masa betul akan lebih mencerminkan pandangan sebenar rakyat. – UTUSAN
Demikianlah Artikel Apa Yang Tidak Kena Dengan Kaji Selidik Mega 100 Hari Itu?
Sekianlah artikel Apa Yang Tidak Kena Dengan Kaji Selidik Mega 100 Hari Itu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Yang Tidak Kena Dengan Kaji Selidik Mega 100 Hari Itu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/apa-yang-tidak-kena-dengan-kaji-selidik.html