Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni..

Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni..
link : Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni..

Baca juga


Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni..

Pada 9 Jun 2022 media melaporkan keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) merosot kepada RM15.3 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei 2022 berbanding RM2.04 bilion yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Prestasi kurang memberangsangkan pada suku dikaji disebabkan kemerosotan pendapatan kepada RM1.5 bilion daripada RM4.2 bilion yang diraih pada suku ketiga tahun lalu di tengah-tengah kesan normalisasi permintaan dan harga jualan purata (ASP) yang memberi impak kepada industri.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2022, pendapatan jualan pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berada pada RM4.5 bilion, susut mendadak berbanding RM14.3 bilion yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Susulan kemerosotan pendapatan ketara, untung bersih Top Glove berjumlah RM288.6 juta bagi tempoh tiga suku tahun kewangan 2022 berbanding RM7.3 bilion yang dicatatkan pada sembilan bulan tahun kewangan 2022.

Pengarah Urusannya Top Glove, Datuk Lee Kim Meow, berkata prestasi sederhana yang diraih syarikat disebabkan ketidaktentuan akibat peningkatan kos pengeluaran susulan inflasi global dan konflik Russia-Ukraine yang melonjakkan harga minyak mentah dunia.

"Kumpulan menghadapi kenaikan tarif gas asli dan elektrik, serta pelaksanaan gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Mei lalu. Peningkatan kos menjejaskan margin memandangkan Top Glove tidak dapat memindahkan kos sepenuhnya susulan bekalan yang berlebihan," katanya pada taklimat media secara maya, hari ini.

Untuk makluman, Top Glove Corporation Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih terkumpul sebanyak 349.1 peratus kepada RM7.87 bilion pada tahun kewangan 2021 disebabkan permintaan sarung tangan yang tinggi, ditambah dengan peningkatan purata harga jualan yang didorong oleh pandemik Covid-19.

Jadi.. kalau BERNAS boleh diminta oleh Kerajaan untuk berkongsi sedikit keuntungannya dengan Pesawah kenapa tidak Top Glove juga diminta untuk berkongsi sedikit keuntungannya dengan Penoreh?

Aku sokong cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man ni..

Tuan Ibrahim Tuan Man (PN - Kubang Kerian) menggesa pengeluar sarung tangan, Top Glove berkongsi keuntungan dengan penoreh getah bagi membantu meringankan beban mereka.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Tuan Ibrahim berkata, Top Glove mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit ketika gelombang Covid-19 dengan membekalkan sarung tangan ke seluruh dunia.

Justeru katanya, Top Glove sewajarnya mencontohi Padibernas Nasional Berhad (Bernas) yang berkongsi keuntungan dengan pesawah.

"Alangkah baik jika syarikat lain seperti Top Glove, yang mengaut untung jutaan ringgit membekalkan sarung tangan ke seluruh dunia semasa Covid turut menyumbang kepada penoreh getah yang berdepan masalah kos dan harga getah tak stabil dan tidak mampan," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

Timbalan presiden PAS itu berkata walaupun kerajaan menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 sen kepada RM2.70 sen sekilogram, namun langkah itu tidak memadai dalam membantu penoreh getah yang berdepan kesulitan.

"Hari ini penoreh getah berdepan dengan masalah penyakit (pokok getah) yang melanda seluruh negara, sebelum ini dengan (tanaman) pisang. Sampai sekarang kerajaan tak ada penyelesaian kepada penyakit yang melanda penanam pisang.

"Getah meluruh tiga kali setahun, menyebabkan susu tak keluar hasil dan penoreh getah berdepan dengan masalah serius,” katanya.

Dia juga meminta kerajaan mengenal pasti keluasan tanaman getah yang dijangkiti penyakit dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi perkara itu - Malaysiakini


Demikianlah Artikel Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni..

Sekianlah artikel Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bernas Sekali Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man Ni.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/bernas-sekali-gesaan-tuan-ibrahim-tuan.html

Subscribe to receive free email updates: