Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi?link :
Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi?
Baca juga
Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi?
Kuala Lumpur: Tindakan pantas diambil apabila seramai empat doktor pakar sekitar Lembah Klang diberkas sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi.
Dalam operasi serentak dilakukan jam 10 pagi semalam, sebanyak empat klinik dan pusat perubatan swasta diserbu sepasukan pegawai SPRM Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Semua mereka disyaki bersubahat dengan menyediakan dokumen palsu bagi membolehkan beratus bayi tak sah taraf atau bayi pendatang haram didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tindakan itu, sekali gus membolehkan bayi tidak sah taraf ini memperolehi Sijil Kelahiran dan MyKid sah dikeluarkan JPN.
Serbuan besar-besaran itu turut membabitkan penahanan dua pegawai JPN dan tujuh orang awam yang disyaki ada kaitan dengan pengeluaran dokumen penting itu secara salah.
Tujuh orang awam ditahan membabitkan pemohon dokumen kelahiran di JPN selain runner (orang tengah) yang menawarkan khidmat kepada orang ramai.
Jurucakap SPRM berkata, tindakan dilakukan itu susulan pendedahan Harian Metro berkaitan kewujudan sindiket yang menawarkan pakej menjual bayi lengkap dengan Sijil Kelahiran JPN dan Mykid tulen kepada pihak yang sanggup membayar harga tinggi.
Menurutnya, kejayaan operasi ini turut membabitkan kerjasama pihak JPN yang menyalurkan maklumat sehingga kegiatan itu dapat dibenteras.
"Pihak JPN turut berkongsi hasil risikan dalaman dilakukan bagi membolehkan pihak SPRM menyiasat pihak bertanggungjawab memperdaya JPN serta terbabit menjual bayi secara haram," katanya.
Wartawan Harian Metro menyertai salah satu serbuan bersama pegawai SPRM pagi semalam ketika menyerbu kediaman seorang doktor pakar di Cheras di sini.
Bagaimanapun, doktor lelaki berusia 60-an itu didapati 'hilang' walaupun semua kereta mewahnya berada di rumah.
Isterinya yang disoal siasat mendakwa suami keluar pada awal pagi menaiki teksi tanpa diketahui tujuan.
Susulan itu, pegawai SPRM melakukan siasatan terhadap klinik milik doktor itu di Ampang, Selangor bagi mengumpulkan bukti dan dokumen berkaitan.
Bagaimanapun, pegawai SPRM mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila fail dokumen bukti kelahiran diperlukan didapati hilang. Malah, semakan mendapati klinik berkenaan menyimpan data pesakit mereka secara manual berbanding menggunakan kemudahan komputer.
Doktor klinik itu yang diburu akhirnya 'menyerah diri' sekitar jam 12 tengah hari sebelum disoal siasat pegawai SPRM.
Doktor terbabit bagaimanapun memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa ada individu menyamar sebagai dirinya, selain menyalahkan doktor lain yang berkhidmat di klinik miliknya.
Berikutan itu. semua 13 individu membabitkan doktor, pegawai JPN dan orang awam yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk soal siasat.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman yang dihubungi mengesahkan operasi dan tangkapan dilakukan pihaknya semalam.
Harian Metro secara eksklusif semalam mendedahkan kegiatan 'menjual' kewarganegaraan Malaysia yang dikesan mula aktif dilakukan sejak lebih 8 tahun lalu.
Sumber berkata, kegiatan jenayah terancang itu kian sukar dikesan susulan pembabitan kakitangan klinik dan doktor swasta bersekongkol membantu sindiket atau individu tertentu yang memerlukan dokumen penting berkenaan.
Menurutnya, kegiatan terancang itu dikenal pasti melibatkan pembabitan beberapa pihak antaranya pembantu atau jururawat pusat perubatan swasta, doktor, 'orang tengah' dan segelintir kakitangan JPN di Lembah Klang.
Kebiasaannya bagi membolehkan seseorang bayi baru lahir didaftarkan dalam sistem pendaftaran negara JPN bagi memperolehi Sijil Kelahiran dan Mykid sah, ibu bapa perlu membawa borang pengesahan kelahiran daripada hospital atau surat pengesahan doktor.
Selain itu, pemohon perlu membawa bersama Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan) selain dokumen pengenalan diri ibu dan bapa ke pejabat JPN.
Semua dokumen wajib itu bagaimanapun boleh dipalsukan dan disediakan sindiket melalui komplot didalangi jururawat, pembantu perubatan dan doktor di klinik swasta.
Berdasarkan risikan diperolehi SPRM, doktor di beberapa klinik swasta menawarkan khidmat mengeluarkan dokumen palsu diperlukan ini dengan mengenakan kadar bayaran tertentu mencecah ribuan ringgit.
Doktor swasta ini akan menyediakan dokumen palsu membabitkan borang pengesahan kelahiran serta menyediakan kad rawatan semasa ibu mengandung menggunakan maklumat 'tipu' seolah-olah bayi terbabit dilahirkan di pusat perubatan berkenaan.
Wujud juga runner (orang tengah) atau individu yang menyamar sebagai ibu bapa kandung bayi terbabit bagi urusan pendaftaran bayi itu di pejabat JPN.
Segelintir pegawai JPN bertugas di kaunter permohonan turut disyaki bersubahat memudahkan urusan mendapatkan Sijil Kelahiran Sah dan MyKid tulen berkenaan.
Sukar untuk menentukan kesahihan identiti bayi terbabit berikutan bayi itu tidak dibawa ke pejabat JPN ketika proses permohonan Sijil Kelahiran dan MyKid -
Harian Metro
Demikianlah Artikel Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi?
Sekianlah artikel Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Doktor Pakar Berkomplot Dengan Sindiket Jual Bayi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/doktor-pakar-berkomplot-dengan-sindiket.html