Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’?link :
Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’?
Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’?

KUALA LUMPUR: Seorang wakil kerajaan mempersoalkan kredibiliti laporan forensik insiden tanah runtuh Batang Kali, yang dikeluarkan baru-baru ini, dengan mendakwa terdapat konflik kepentingan ketika siasatan dijalankan.
Lim Lip Eng (PH-Kepong) mendakwa, laporan insiden pada 16 Dis tahun lalu itu tidak profesional dan tidak neutral, merujuk siasatan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Dalam laporan forensik itu…JKR siasat JKR, lepas tu JKR lepaskan JKR. Saya anggap laporan itu tidak profesional, tidak neutral. Ini jelas terdapat konflik kepentingan,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan usul Belanjawan 2024.
“Ada kemungkinan laporan itu sebagai satu ‘cover-up’,” katanya.
Lim merujuk dakwaan NGO Victims Malaysia, bahawa lereng bukit di kawasan tanah runtuh telah berlaku aktiviti manusia sebelum ini oleh JKR ketika membina jalan Batang Kali, serta aktiviti pembersihan tanah berhampiran lokasi tanah runtuh, berdasarkan imej satelit.
Namun, katanya, perkara itu tidak dinyatakan dalam laporan penuh dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Laporan forensik tragedi itu didedahkan kepada umum pada 18 Dis. Ia menyebut, berlaku dua kejadian runtuhan di tapak perkhemahan dalam selang 20 minit pada awal pagi hari kejadian, yang meragut 31 nyawa.
Tahun lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendedahkan tiga tapak perkhemahan itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.
Beliau juga mengesahkan pengendali hanya dibenarkan menjalankan ladang organik di tapak itu tetapi tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk membina tapak perkhemahan.
Mengulas lanjut, Lim menggesa satu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan agar tragedi berkenaan disiasat dengan terperinci, bagi memberi keadilan kepada mangsa dan waris yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu - FMT
Demikianlah Artikel Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’?
Sekianlah artikel Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tragedi Batang Kali: ‘JKR siasat JKR’? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/tragedi-batang-kali-jkr-siasat-jkr.html
Related Posts :
Apa Beza Rafizi Dengan Azmin?
SHAH ALAM - Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan spekulasi Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli bakal melakukan k… Read More...
Rafizi Biadap Farhash Kata?
Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador membidas pemimpin PKR Rafizi Ramli, memintanya menghentikan 'permainan politik murahan' dan ber… Read More...
Ahli UMNO Kini 3,391,236 Orang, Zahid Desak Bubar Parlimen!
KUALA LUMPUR: UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3,391,236 orang, sementara bilangan cawanga… Read More...
Ohh.. Patutlah PM Tiba-tiba Benarkan Wang KWSP Dikeluarkan..
SHAH ALAM - Keputusan terkini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju membenarkan pengeluaran khas RM10,000 kepada pencar… Read More...
Tengku Zafrul Dah Letak Jawatan Ke?
PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang … Read More...