DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?

DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita, Artikel Fakta, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel Politik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?
link : DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?

Baca juga


DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?

Sebelum ini MiM telah menulis bahawa pembangkang memang membuang masa dan tidak patut bertanding kerana mereka tidak mungkin sanggup berkorban dan berkongsi kerusi terutamanya parti cauvinis DAP.
MiM memberi contoh bukti apabila DAP tidak sanggup memberikan kerusi DUN kepada PKR hingga menyebabkan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan dan memalukan Lim Guan Eng.
Baca : http://ift.tt/2bOZ3qx
MiM juga menulis bahawa kewujudan satu lagi parti baharu Mahathir-Muhyiddin akan bakal menyaksikan perebutan kerusi parlimen dan DUN yang paling teruk dalam sejarah politik negara. Analisis ini ternyata benar!

“Saya juga tidak rasa DAP dengan mudah akan memberi kawasan mereka. DAP secara tradisi memilih kawasan majoriti orang cina untuk mereka tandingi dan PRIBUMI masih terlalu baharu untuk berada di tempat-tempat yang memiliki pengaruh DAP." kata seorang penganalisis politik kepada portal BNBCC.

Permasalahan ini semakin terserlah apabila Muhyiddin Yassin meletakkan pembahagian kerusi sesama parti pembangkang lain sebagai agenda utama sebaik sahaja parti beliau diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia nanti.

Lebih jelas lagi apabila PAS tidak akan membenarkan parti selain PAS dan PKR untuk bertanding di Kelantan pada PRU yang akan datang.

"(Jadi) jangan kacaulah," , kata Naib Presiden PAS.

Kenyataan Naib Presiden PAS ini dikritik oleh parti PAN yang mengatakan bahawa parti PAS itu mengamalkan politik samseng.  Kenyataan PAN itu disindir balik oleh PAS yang berkata, selalunya yang samseng ialah parti yang tidak tahu mengukur baju di badan sendiri!

PAS juga bertegas tidak mahu parti Mahathir-Muhyiddin menyertai PAS dalam Parti Ikatan Bangsa Malaysia di bawah Gagasan Sejahtera.

“PAS tidak ada sebarang hubungan kerjasama politik dengan PRIBUMI. Mereka boleh bertanding dimana kerusi yang mereka mahu. Konsep multi-parti dan bukan hanya dwi parti mungkin (beri) lebih (pilihan) untuk rakyat Malaysia,” kata Ketua Penerangan PASpula.

Perbalahan juga timbul apabila DAPSY, pemuda DAP menghina parti Mahathir-Muhyiddin sebagai parti yang mengamalkan diskrimasi kaum. DAPSY juga dengan lantangnya menolak untuk bekerjasama dengan parti Mahathir-Muhyiddin walau pun kita tahu bahawa DAPSY ini hanya sekadar acah sahaja dan akan tunduk dengan perintah Dinasti Lim dalam DAP.

DAPSY juga berkata bahawa parti yang diilhamkan oleh Dr Mahathir Mohamad itu PASTI GAGAL dan tidak akan disokong oleh pengundi yang progresif hari ini.

Bagaimana pun, kita faham dengan perasaan tidak puas hati puak DAPSY.  MiM berkata demikian kerana sebelum ini, Muhyiddin Yassin telah berkata bahaawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan cauvinis DAP sahaja.

Muhyiddin juga mengaku bahawa:
1. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.
2. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.
3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.
5. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.
Muhyiddin juga berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam. Orang Melayu juga mesti berwaspada dan jangan sampai terpedaya dengan MUSLIHAT JAHAT DAP, kata beliau.

Dan sekarang, Muhyiddin terpalik ludah sendiri apabila sebaris dengan DAP!

Maka kerana itu, tindakan DAPSY yang kononnya 'menolak parti Mahathir-Muhyiddin' itu sebenarnya hanya sekadar mainan politik murahan mereka supaya penyokong-penyokong DAPSY tidak berasa terlalu bodoh dan dipermain-mainkan oleh DAP apabila parti cauvinis itu bersekongkol dengan Muhyiddin Yassin!
Baca juga : http://ift.tt/2brYi4l
Dan semasa kekalutan dan kerosakan sesama parti di dalam Pembangkang, nama negara Malaysia terus harum dan cemerlang selaku presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)  berdasarkan dasar-dasar kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak. Malaysia berjaya memain peranan aktif dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan Malaysia akan diwakili pada Sidang Kemuncak NAM dijadual pada bulan depan di Venezuela.

Malaysia juga banyak membantu dalam isu pelarian dan migran khususnya dari Syria, Myammar dan pada Perhimpuan Agung PBB (UNGA) tahun lepas, PM Najib telah memberikan komitmen untuk menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh 5 tahun. Selain membantu pelarian Syria, dasar kerajaan di bawah PM Najib juga turut membantu pelarian Islam Rohingya.

Begitu hebat sekali komitmen kerajaan BN serta mengharumkan nama baik negara Malaysia. Ironinya, usaha murni dan kecemerlangan negara ini tidak pula disiarkan oleh media-media pro-pembangkang! Kita faham kerana mereka tidak mahu rakyat tahu dan sentiasa tertipu dengan laporan putar belit mereka.

Baca juga : http://ift.tt/2boq0Sx




Demikianlah Artikel DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?

Sekianlah artikel DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/dap-parti-paling-rasis-parti-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: