Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK

Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK
link : Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK

Baca juga


Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
BUKIT DAMANSARA: Umno perlu melakukan dua pendekatan bagi mengukuhkan saf dikalangan ahli partinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang dijangka menjelang dalam tempoh kurang dua tahun daripada sekarang.
 
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, dua pendekatan tersebut adalah dari segi memperkukuhkan dalaman Umno itu sendiri dan dalam masa yang sama menggiatkan usaha memberi penjelasan terhadap dakyah yang disebarkan pihak lawan.  
 
"Kuatkan parti, kukuhkan.. dan dalam masa yang sama serang parti-parti lawan untuk menangkis segala dakyah, persepsi supaya ia tidak merosakkan persepsi orang diluar parti kepada Umno. Orang luar itu perlu punyai keyakinan kepada Umno, jadi Umno mesti tanamkan keyakinan ini.
 
"Menerusi apa yang berlaku sekarang ini, untuk menerangkan keadaan semasa yang sebenarnya kepada setiap lapisan masyarakat supaya dakyah di luar tidak diterima. Maknanya beri jawapan dan penerangan kepada dakyah oleh pihak luar untuk menentukan dakyah itu salah," katanya kepada Antarapos.
 
Ujarnya, Umno berdepan dengan krisis keyakinan bukan saja dikalangan masyarakat bahkan tidak terkecuali dalam kalangan ahli parti sendiri.
 
"Isu-isu yang melingkari presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak, misalnya kontroversi 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) dengan perkembangan terbaru yang melibatkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat secara tidak langsung memberikan kesan yang bukan sedikit terhadap parti, kata beliau.
 
Malah tambah beliau, dengan kewujudan media sosial lagi memudahkan pelbagai jenis maklumat disebarkan, ia secara tidak langsung 'menyukarkan' usaha parti Melayu itu mengekang persepsi buruk daripada kalangan generasi muda.   
 
"Jadi sekiranya kita biarkan perkara ini berterusan, ianya akan menghakis keyakinan anak-anak muda Melayu kepada Umno.  
 
"Dan Umno ini sebenarnya masih lagi tonggak perjuangan politik Melayu dengan Umno itu sinonim. Jangan kita biarkan ia terhakis dari segi kepercayaan anak-anak muda.
 
"Kalau itu berlaku, bermakna akan merosot dari segi pengaruh dan PRU14 ini adalah satu cabaran besar kepada Umno untuk menentukan mereka masih kuat dan masih boleh menang," katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK

Sekianlah artikel Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/umno-disaran-kukuhkan-dalaman-tepis.html

Subscribe to receive free email updates: