Judul : [VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini...
link : [VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini...
[VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini...
PAS kini didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk mengkafirkan orang lain.
Di dalam satu video yang tersebar luas di media sosial, seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Bagan Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Berikut ialah sedutan ceramah ugama yang disampaikan:
"KAK WAN... KAK WAN KENA ANGKAT TANGAN! KALAU KAK WAN TAK ANGKAT TANGAN, BOLEH MENYEBABKAN “JATUH IMAN” KALAULAH DITAKDIRKAN... LEPAS TAK ANGKAT TANGAN ITU MATI, KAMI TANAM JERAT".
Begitulah sikap pimpinan PAS yang ada merujuk kepada ura-ura PAS untuk membentangkan Bil Persendirian untuk meminda RUU 355 yang didakwa untuk memperkasakan mahkamah syariah.
Shahrudin menyatakan bahawa jika Presiden Keadilan itu mati sejurus selepas tidak angkat tangan (untuk menyokong RUU 355), beliau menyatakan beliau akan menanamkan jenazah itu di jerat (perkuburan orang Cina bukan Islam).
Ramai pihak menganggap ucapan pemimpin PAS itu sebagai amat keterlaluan dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Bagan Serai hari ini telah mengeluarkan kenyataan meminta agar Ustaz Shahrudin meminta maaf secara terbuka di atas kelancangan ucapannya itu.
Sebelum ini, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff menyatakan RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.
Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.
“RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.
“Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya.
Sementara itu, semakan terhadap Hansard Parlimen tahun 1984, dimana pada tahun itu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminta Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan membertakan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah.
Cadangan pindaan itu dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984
Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat.
Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam.
Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya.
Jadi apakah rosak iman, kafir TG Nik Aziz lantaran menolak usul pindaan RUU 355 dahulu?
PAS perlu hentikan segera retorik RUU 355 untuk mendapat sokongan orang Islam terhadap partinya dengan mengkafir mereka yang menolak usul persendirian berkenaan kerana RUU 355 bukan soal aqidah. malah keseluruan RUU berkenaan adalah di bawah Perlembagaan Lord Reid, malah mengukuhkan RUU bererti mengukuhkan Perlembagaan Lord Reid yang ditentang oleh PAS sendiri.
Apa-apa pun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal terhukum kkerana sikapnya yang melampau batas itu.
Sementelah lagi ramai yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan UMNO samada akan membenarkan Haji Hadi untuk membentangkan Bill Persendiriannya pada persidangan parlimen bulan Oktober depan setelah ditangguhkan sebaik saja ia dibacakan buat kali pertama pada persidangan parlimen yang lalu. -Greenboc.
FEATURED ADS

Demikianlah Artikel [VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini...
Sekianlah artikel [VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/video-pas-guna-ruu-355-untuk-mengkafir.html