Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan

Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan
link : Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan

Baca juga


Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan


Mohd Fasiah Mohd Fakeh
Mohd Fasiah Mohd Fakeh


"Janganlah nanti kepada menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri apabila tidak ada dalam kerajaan, tiba-tiba membuat u-turn, sedangkan dasar itu adalah dasar yang beliau cadangkan semasa dalam kerajaan,".
Demikian ungkapan peringatan daripada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017 di Parlimen hari ini.
Beliau membuat peringatan itu, selepas ada seorang bekas menteri mempersoalkan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Tanpa menamakan bekas menteri itu, tetapi jelas Mohd Fasiah menujukan sindiran itu kepada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoalkan kenapa 1MDB ditubuhkan dan tujuannya ketika beliau tidak lagi sebagai anggota Kabinet.
Pada masa sama, beliau memuji Tan Sri Noh Omar walaupun tidak dilantik sebagai menteri sebelum ini, tetap masih setia kawan mempertahankan kerajaan dan parti.
"Pemimpin seperti Noh ini yang perlu ada dalam parti dan kerajaan sebab dia tidak memberontak kepada kerajaan walaupun tidak disambung perkhidmatannya sebagai menteri.
"Hasil berkat kesabarannya yang tinggi dan komitmennya kepada parti serta kerajaan, telah membuka pintu hati Perdana Menteri untuk mengambil semula berada dalam Kabinet," katanya.
Mohd Fasiah turut memberitahu, kepada menteri dan timbalan menteri yang tidak dilantik lagi, apabila mereka berehat, pucuk kepimpinan dan jentera parti akan berterusan memberi sokongan.
"Saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Tanjung Karang, walaupun beliau tidak dilantik menjadi menteri tempoh hari, dia masih lagi setia kawan untuk mempertahankan BN," katanya.
Beliau turut memuji Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah gandingan mantap dalam membawa kerajaan Malaysia pada landasan yang betul dan menjadi negara disegani dunia. - MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan

Sekianlah artikel Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/husni-lupa-daratan-selepas-keluar-parti_25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :