Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!

Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!
link : Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!

Baca juga


Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!

PAS: Amanah hendak selamatkan Umno, jatuhkan kerajaan Kelantan

PAS hari ini mendakwa Amanah mempunyai niat tersembunyi hendak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan dan menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS.

Idris Ahmad berkata, jika ikhlas menumbangkan Umno, Amanah sepatutnya memfokuskan negeri ditadbir Barisan Nasional, bukannya menjatuhkan PAS di Kelantan.

“Lama dah puak-puak ini (Amanah) tuduh PAS nak bekerjasama dengan Umno, tapi sampai sekarang PAS tak jadi Umno lagi. Kalau orang nak lawan Umno betul-betul, dia tak akan tumbangkan PAS di Kelantan, dia akan serang Umno di Terengganu, dia akan lawan Umno di Melaka dan lain-lain negeri.


“Tindakan itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya nak bekerjasama dengan Umno nak jatuhkan PAS. Amanah sebenarnya nak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan PAS supaya senang Umno kalahkan PAS,” katanya kepada FMT hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menjawab tuduhan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa kononnya PAS marah dengan parti itu kerana menyekat mereka bekerjasama dengan Umno sejak 2008.

Katanya, PAS bimbang jika mereka meneruskan hasrat itu, ahli yang tidak bersetuju dengan hasrat pimpinan parti Islam itu akan melompat ke Amanah.

Husam berkata, rundingan terbaharu antara PAS dan Umno dibuat dalam bentuk perbincangan di Kluster Politik Negara, Majlis Perundingan Islam (MPI) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan disertai pemimpin PAS, termasuk Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Idris berkata, Amanah sepatutnya menggunakan hujah lebih konkrit atau alasan lebih kukuh untuk menuduh PAS bersekongkol dengan Umno.

“Janganlah diangkat sangat (isu MPI), kalau nak marah pada PAS, janganlah guna hujah macam itu, hujah itu biarlah konkrik sikit, dulu kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pakai baju sedondon dengan Datuk Seri Najib Raza dalam multaqa ulama, kalau dah hilang punca pun biarlah ada alasan besar sikit.

“Kenapa dia (Amanah) tak kaitkan NGO-NGO lain sertai MPI? Sebenarnya, orang tak jemput Amanah sertai (MPI) mungkin ada benda tak kena pada parti itu, orang jemput dan letak orang yang layak dalam MPI macam Datuk Manfodz, bukan semua orang layak,” kata Idris.

Selain Zahid, Timbalan Pengerusi Kluster Politik MPI ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

PAS turut menghantar Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Khairudin Aman Razali dan Dr Zuhdi Marzuki yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. -FMT

ULASAN GB

Begitukah hujjah seorang bertaraf Naib Presiden dalam PAS terhadap AMANAH? Kononnya mengetahui niat tersembunyi AMANAH hendak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan dan menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS?

Jawapan kita: Presiden PAS sendiri, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan persoalan "niat" itu urusan Allah. Manusia tidak boleh mengtahui niat orang lain. Nah, sekarang Idris mengaku boleh membaca niat tersembunyi AMANAH kononnya AMANAH nak selamatkan UMNO.

Jika Idris nak tahu apa sebenarnya niat AMANAH, kita bagitahu bahawa AMANAH menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan tanpa mengira siapa yang melakukan. UMNO sudah tentulah ditentang sebab ia telah terang-terang melakukan kezaliman. PAS Kelantan juga ditentang kerana melakukan kezaliman yang sama dengan UMNO.

Buktinya banyak. Salah satunya, PAS Kelantan sendiri buat kenyataan pecat penghulu-penghulu kampung yang menyokong AMANAH. Bukankah itu kezaliman stail UMNO?


Kedua, kerajaan PAS Pelantan tak berupaya bangunkan negeri kecuali dengan membotakkan Kelantan melalui pembalakan. Seorang bekas menteri menyatakan Kelantan sebuah kerajaan yang malas apabila menjadikan aktiviti penebangan balak sebagai sumber utama negeri.

Ulamak PAS Kelantan dilihat mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sumber hasil negeri, seolah-olah tidak ada sumber lain yang boleh menggantikan balak.

Bukan negeri sahaja yang telah dibotakkan malah kehidupan orang asli telah menjadi mangsa akibat daripada pembalakan yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Ini amat mencemarkan kepimpinan ulamak dan malah mencemarkan kerajaan yang mendakwa ia kerajaan Islam.

Ketiga, mengenai perlantikan ulamak PAS sebagai Majlis Perundingan Islam jelas membuktikan kerjasama UMNO-PAS. Bagaimana PAS boleh bertindak menentang UMNO jika sudah menerima jawatan dan makan dedak dengan UMNO? Ini bukan soal AMANAH tak dilantik di dalam MPI seperti yang dituduh oleh Idris. Saya kira AMANAH pun tak tergiur untuk jawatan-jawatan itu. Kerana AMANAH "istiqamah" menetang kezaliman UMNO, bukan seperti PAS yang hanya menjadikan "istiqamah" sebagai slogan retorika sedangkan PASlah yang tidak istiqamah di dalam soal menentang kezaliman UMNO, PAS yang sentiasa UTURN di dalam setiap keputusannya!

Keempat, di dalam kenyataan pemimpin PAS, PAS tidak akan menyertai BERSIH 5.0 yang bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Ertinya PAS menyokong tindakan kerajaan UMNO BN yang selama ini telah memanipulasi pilihanraya. PAS cenderung untuk membiarkan kezaliman UMNO BN bertakhta.

InsyaAllah PAS akan berkubur kerana hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sekalipun PAS menafikan beratus kali kerjasamanya dengan UMNO, namun hakikatnya akan tetap terdedah jua satu masa nanti. Rakyat tidak bodoh seperti yang PAS sangkakan.

Sekalipun katakanlah gabungan UMNO-PAS tidak menjadi kenyataan, namun yang ketara PAS adalah kumpulan orang-orang bodoh dan lemah yang telah menjadi mangsa penipuan UMNO yang telah berjaya menghancurkan Pakatan Rakyat yang dengan Pakatan Rakyatlah selama ini PAS telah berjaya memenangi banyak kerusi di dalam pilihanraya termasuk parlimen Bukit Gantang yang diwakili oleh Idris Ahmad!







FEATURED ADS




Demikianlah Artikel Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!

Sekianlah artikel Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/menjawab-hujjah-idris-amanah-tentang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :