DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.

DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.
link : DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.

Baca juga


DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.

Dr Mohd Faiz pada malam 18 Disember setelah dia diambil dari
rumahnya oleh pasukan Polis dan seterusnya dibawa ke Balai
Polis untuk tujuan soal siasat.
 Sebenarnya, saya mengikuti rapat perkembangan kes ini kerana saya percaya Dr Faiz menjadi mangsa akibat kesilapannya yang kecil hanya kerana dia dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dimusuhi oleh 2 kelompok parti terbesar mewakili orang Melayu. Sementara dua kelompok ini, hanya terus relevan jika berjaya memainkan sentimen 3R : Royal, Race & Religion. Jangan pernah lupa, strategi Pecah dan Perintah Regim itu nyawanya adalah terletak pada jantung 3R.

 Saya tidak menyiarkan gambar dan progress mengenai semua yang berkaitan memandangkan saya jelas bahawa serangan berlebihan ke atas Dr Faiz adalah dilebarkan sama oleh cyber troopers upahan. Kelompok ini berperanan memainkan sentimen emosi meluap-luap melalui kaedah hasutan viral dengan ulasan-ulasan berniat jahat. Sasaran mereka sebenar bukan untuk menjatuhkan Dr Faiz tetapi adalah untuk mempotrait hodohkan Amanah.

 Tidak dinafikan mereka berjaya mempotrait hodohkan "critical thinking" Dr Faiz yang melanggar konvensi yakni kelaziman massa dan semasa. Tetapi percubaan mengaitkan kesilapan Faiz yang bersifat peribadi, untuk menjadi kesalahan organisasi parti adalah ternyata satu percubaan murahan yang bersifat sangat tidak "gentleman". Rakyat boleh menilai.

 Amanah tidak pernah setuju dengan apa sahaja tindakan berlebihan khususnya daripada individu ahli. Amanah juga bukan parti yang membuat keputusan dan pendirian secara individu tanpa konsensus berjamaah yakni berpasukan di peringkat kepimpinan, sekalipun ia pendirian Presiden parti. Tetap pandangan dan cadangan itu memerlukan konsensus di peringkat kepimpinan tertinggi.

 Benar, Dr Faiz agak tergelincir. Malahan meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya. Bagi yang bertujuan jahat akan sekaligus cuba utk mengheret sama semua yang berkaitan dengan Faiz untuk dihukum bersalah. Itu lumrah dunia. Yang wewenangan melakukannya itu mereka tidak akan terlepas daripada perhatian dan hisaban Allah, paling tidak di akhirat! Mereka yang beriman dengan Hari Pembalasan, saya yakin akan mudah mengerti sekaligus melihat ini satu perbicaraan yang lebih tuntas.

 Walau bagaimanapun, Faiz tetap adik-adik kami dalam Amanah yang baru bertatih dalam kehidupan bernegara. Amanah wujud sebagai Generasi Kedua Gerakan Islam yang antaranya bertujuan membimbing dan membina generasi muda ke arah kehidupan bernegara dan peka kepada isu-isu rakyat. Faiz adalah antara generasi muda terpelajar, berakal sihat tetapi masih perlukan bimbingan.

 In shaa Allah, Faiz adik kami dalam perjuangan dan kebangkitan. Iyya, dia sedikit terkhilaf. Tetapi kami dalam Amanah bersedia untuk terus membimbingnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri, keluarga malahan kepada masyarakat dan negara. Semua orang ada kelemahan dan kekurangan. Setiap mereka berhak mendapat nasihat dan bimbingan berterusan daripada kita semua.

 Kelmarin, Dr Faiz telah dibawa seawal pagi lagi ke Mahkamah Majistret Klang untuk permohonan reman. Faiz direman 3 hari mulai kelmarin untuk tujuan Soal Siasat di bawah Akta SKMM. Dr Faiz sudah pun memberi kerjasama yang sangat baik kepada penyiasatan dan mudah-mudahan ia berakhir dalam keadaan yang baik. Mudah2an juga insiden ini menjadi pengajaran yang sangat berharga khusus untuk dirinya dan kelompok massa di luar sana.

 Saya yakin dan percaya kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (SPBYDPA), isu ini adalah sangat kecil untuk baginda yang sudahpun melihat Kebesaran Sifat Rahman dan Rahim Tuhannya, Allah ..Tuhan kita semua.

 Hendaknya, tiadalah pula yang terus berperanan untuk menjadi si Kitol.

 Semoga SPBYDPA terus bersemayam dalam kebesaran dengan bimbingan Hidayah dan Kasih Sayang Allah jua. Allah SWT berfirman:

 يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا ۙ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS. Ali 'Imran: Ayat 200) 

Allahu Akbar, Tuanku!
#BebaskanFaiz
 #MaafkanFaiz

 🅰🅰🅰 AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
 19 Disember 2016, 08:35


Demikianlah Artikel DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.

Sekianlah artikel DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/dr-mohd-faiz-b-yusof-adalah-adik-kami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :