Judul : Mu Tunggu, Zulkifli Datang.....
link : Mu Tunggu, Zulkifli Datang.....
Mu Tunggu, Zulkifli Datang.....
Mu tunggu Zulkifli datang dengan paluan gendang kosongnya! Itulah umpamanya Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila memberi peringatan kepada ahli politik yang korup!
"Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja - tunggu.~ baca lagi di sini
Adakah amaran berani 'Kamu Tunggu' oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, itu ditujukan kepada MO1?
Jika tidak, apa kredibiliti yang ada pada SPRM yang selama ini hanya akan menangkap ikan bilis manakala ikan jerung terus lepas bebas tanpa hukuman, tidak seperti jerung di China dan di Indonesia yang ditangkap, dibawa ke muka pengadilan dan dihukum!
Selagi SPRM tidak bertindak keatas MO1, saya merasakan amaran Dzulkifli tersebut hanyalah satu tin kosong yang memang kuat bunyinya bila dipalu.
Semua menteri-menteri Kabinet tidak akan ambil peduli secara serius kerana mereka berasa selamat berada di belakang MO1!
Ketua-ketua Menteri Negeri (atau bekas Ketua Menteri), ataupun anak-anak Menteri (malahan Perdana Menteri) tidak langsung berasa tergugat biarpun dengan pelbagai pendedahan yang kontroversi.
Sebanyak lapan kes rasuah berprofil tinggi yang disiasat SPRM sebelum ini tidak dibawa ke mahkamah termasuk yang melibatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kes-kes berprofil tinggi yang lain termasuk yang melibatkan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), walaupun siasatan telahpun selesai dan telahpun dimajukan kepada pihak pendakwaan, masih lagi belum diputuskan sama ada ia akan dibawa ke mahkamah atau tidak.
Bertambah pelik, lagi bila Azalina boleh diangkat semula oleh Najib jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkuat kuasa 28 Jun lalu! Baca di sini
Dalam satu kajian oleh Transparency International Malaysia, mereka mendapati bahawa parti politik adalah pertubuhan paling korup di negara ini diikuti dengan polis serta penjawat awam.
“Ahli politik dilihat paling korup dan menggantikan polis untuk menduduki tempat teratas pada tahun sebelumnya. Hasil dapatan kajian menunjukkan fakta bahawa orang ramai tidak lagi melihat ahli politik sebagai individu yang berintegriti atau sebagai telus dan bertanggungjawab seperti yang sepatutnya – Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia, dipetik dari Malaysiakini.
Kami rakyat Malaysia mahu melihat SPRM benar-benar mampu menunjukkan kuasa dan kapasitinya sebagai sebuah entiti pencegah rasuah yang bebas lagi berkeupayaan.Buktikan kata-kata dengan hasil kerja yang berintegriti!

SPRM tidak mempunyai kuasa pendakwaan, malahan dalam sesetengah kes, kertas siasatan yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pula dikembalikan atas alasan 'tidak cukup keterangan' bagi membolehkan satu pertuduhan jenayah di bawah mana-mana undang-undang dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau individu yang dinamakan dalam kertas siasatan.
Demikianlah Artikel Mu Tunggu, Zulkifli Datang.....
Sekianlah artikel Mu Tunggu, Zulkifli Datang..... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mu Tunggu, Zulkifli Datang..... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/mu-tunggu-zulkifli-datang.html