"TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah....

"TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah.... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah....
link : "TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah....

Baca juga


"TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah....

'Saya ucap Gong Xi Fa Cai, bukan sembah ayam'

Pengarah Komunikasi parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad tampil memberikan penjelasan mengenai gambar kononnya beliau sedang ‘menyembah’ seekor ayam putih yang dikurung di dalam sangkar.

Gambar yang mula tersebar di media sosial sejak semalam itu adalah daripada rakaman video yang diterbitkan Ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok sempena Tahun Baharu Cina 2017 yang merupakan tahun ayam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menjelaskan, mengikut bahasa Cina, perkataan Na (that) Ji bermaksud ayam yang kebetulan bunyinya sama seperti Najib.


Video berdurasi kira-kira enam minit itu berkaitan kisah ayam (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

Tuannya menyerahkan ayam itu kepada Teresa kerana tidak mampu lagi membela ayam tersebut.

Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari lalu mereka semua mengejarnya semula dan berjaya ditangkap semula.

"Saya muncul pada minit ke lima ke depan tangkap ayam (Na Ji) dan masukkan dalam sangkarnya.

"Foto terakhir itu ramai ucapkan Gong Xi Fa Cai pada Na Ji dalam penjara. Bukan sembah. Gong Xi Fa Cai yang disebut bukan kata-kata penyembahan," jelasnya hari ini.

Selain Teresa, dua lagi aktivis DAP turut berlakon dalam rakaman tersebut, iaitu Eddie Ng Tien Chee, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Balakong Eddie Ng Tien Chee Adun DAP Kinrara Ng Sze Han selain Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli.

Gambar yang diambil dari video tersebut mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya daripada penyokong Pas.



ULASAN GB

PAS dilihat berada di dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga terpaksa memfitnah pimpinan parti lain yang tidak disukainya.

Dengan memetik dan mengitar semula fitnah yang dikutip dari cybertrooper UMNO, kumpulan yang menamakan mereka TEAM ISTIQAMAH dari PAS ini telah memuatnaik video versi edit mereka yang hanya memetik bahagian Khalid Samad dan Rafizi Ramli yang dituduhnya "menyembah" walhal apa yang dilakukan oleh kedua ahli parlimen Pakatan Harapan itu ialah mengucapkan Kong Xi Fa Cai dan ia lansung tidak menyalahi akidah.

Puak Istiqamah ini telrupa agaknya, golongan merekalah yang satu ketika dahulu melakukan perbuatan yang menjejaskan akidah iaitu kes ADUN PAYA JARAS yang mengenakan pakaian dewa.

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini menyaksikan aksi menjolok mata Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai dewa menerima kecaman banyak pihak apabila beberapa fotonya tersebar di media sosial.

Rata-rata penganut beragama Islam menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu sebagai keterlaluan dan memudaratkan ekoran melibatkan unsur penyerupaan ketuhanan agama lain.

Tidak kurang juga ada netizen menganggap kesanggupan Khairuddin berpakaian dewa yang menjadi sembahan masyarakat Cina itu sebagai situasi terdesak Pas untuk meraih kembali sokongan kaum Tionghoa.

Difahamkan, pengamal undang-undang itu memakai kostum tradisional menyerupai Dewa kekayaan atau Chai Shen mengikut mitologi Cina.

Berdasarkan beberapa gambar yang viral di WhatsApp dan Facebook sejak semalam, Khairuddin yang turut memakai janggut panjang berwarna hitam dengan topi berbunga itu dilihat berada dalam program bersama komuniti Cina.

Antara paparan foto yang tersebar menunjukkan beliau menyerahkan sumbangan oren mandarin kepada warga emas dan pesakit berbangsa Cina.

Mengulas kontroversi dicetuskan pemimpin Pas di negeri yang masyarakatnya bersifat majmuk itu, penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, hukumnya jelas haram jika berdasarkan perbezaan tiga pegangan utama orang Cina iaitu agama tradisi, Buddha dan falsafah, terutamanya Confucianisme.

“Agama Cina wujud lebih awal dari Buddhisme dan Confucianisme. Kepercayaan supernatural, kuasa alam dan dewa-dewi adalah bentuk agama tradisi Cina yang kemudian bercampur aduk dgn falsafah dan agama Buddha.

“Ringkasnya ialah agama tradisi + falsafah = lahir Taoisme manakala falsafah yang sudah bercampur dengan agama tradisi dan Buddha melahirkan falsafah agama seperti Buddha Zen.

“Agama tradisi Cina + Buddha = lahirlah Buddha Mahayana. Dari Mahayana lahirnya dewa yang dianggap sebagai tokoh-tokoh Buddha seperti Amitabha, Dewi Mazu dan lain-lain,” jelasnya




FEATURED ADS





Demikianlah Artikel "TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah....

Sekianlah artikel "TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah.... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/team-istiqamah-menjaja-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :