Judul : Kaki pelajar dipotong: Pembantu warden madrasah tahfiz direman empat hari
link : Kaki pelajar dipotong: Pembantu warden madrasah tahfiz direman empat hari
Kaki pelajar dipotong: Pembantu warden madrasah tahfiz direman empat hari
ANTARAPOS.COM
KOTA TINGGI: Pembantu madrasah tahfiz yang didakwa merotan kaki seorang pelajar sehingga hitam dan terpaksa dipotong, direman empat hari bagi membantu siasatan.
Lelaki berusia 29 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, jam 9 pagi tadi.
Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan polis menahan suspek bermula hari ini sehingga Khamis.
Dia ditahan di rumahnya di FELDA Lok Heng Barat dekat sini, jam 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.
Terdahulu, kisah kedua-dua kaki seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun hitam, dipercayai akibat dipukul warden menjadi viral sejak Jumaat lalu.
Mangsa didakwa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.
Jangkitan kuman berpunca daripada kecederaan terbabit menyebabkan keadaan mangsa semakin teruk sehingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, Jumaat lalu.
Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak dua minggu lalu.
Demikianlah Artikel Kaki pelajar dipotong: Pembantu warden madrasah tahfiz direman empat hari
Sekianlah artikel Kaki pelajar dipotong: Pembantu warden madrasah tahfiz direman empat hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kaki pelajar dipotong: Pembantu warden madrasah tahfiz direman empat hari dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/kaki-pelajar-dipotong-pembantu-warden.html