Judul : Kenyataan Hadi berdasarkan sejarah - Tuan Ibrahim
link : Kenyataan Hadi berdasarkan sejarah - Tuan Ibrahim
Kenyataan Hadi berdasarkan sejarah - Tuan Ibrahim
Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan pemimpin itu yang menyatakan DAP adalah parti peninggalan PAP (Parti Tindakan Rakyat) Singapura.
Beliau berkata kenyataan Abdul Hadi adalah berdasarkan sejarah politik negara suatu ketika dahulu.
"Pada pandangan saya apa yang dikemukakan oleh Tuan Presiden adalah fakta yang berlaku pada sejarah politik Malaysia.
"Walaupun Singapura telah menarik diri daripada Malaysia, penyokong-penyokong (PAP) yang tinggal di Malaysia membentuk parti baru yang dikenali sebagai DAP, jadi tiada apa yang mengelirukan tentang fakta yang disebut oleh Tuan Presiden," katanya ketika dihubungi.
Semalam, Hadi ketika berucap di Rusila, Terengganu berkata DAP adalah parti 'butir tahi' PAP Singapura.
Ekoran kenyataan tersebut, Presiden PAS itu dibidas pemuda DAP yang mengatakan Hadi tidak sepatutnya 'membiarkan lidahnya yang gigih berzikir mengeluarkan kata-kata yang kesat'.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menganggap kata-kata Hadi itu wajar selepas DAP kerap kali melontarkan hinaan terhadap PAS dan Presiden itu sendiri.
"DAP yang mula-mula sekali mengkritik presiden parti dan PAS, sampaikan kami membuat keputusan putus (tahaluf siyasi) kerana percaturan DAP yang menghina Tuan Guru dan PAS sehinggakan mencampuri pemilihan pimpinan pada hujung tahun lepas.
"Maknanya lebih banyak kali sudah diserang, kadang-kadang terkeluar juga perkataan-perkataan yang diucapkan oleh President itu," kata beliau.
Demikianlah Artikel Kenyataan Hadi berdasarkan sejarah - Tuan Ibrahim
Sekianlah artikel Kenyataan Hadi berdasarkan sejarah - Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Hadi berdasarkan sejarah - Tuan Ibrahim dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/kenyataan-hadi-berdasarkan-sejarah-tuan.html