Judul : PENDAPAT HAHA BOLEH DISANGGAH.
link : PENDAPAT HAHA BOLEH DISANGGAH.
PENDAPAT HAHA BOLEH DISANGGAH.
Oleh Ahmad Shahir
Pada penghujung ucapan Tuan Guru, beliau membuat perbandingan dengan menyebut nama Khalid Al-Walid yang tidak dilantik untuk jawatan panglima perang.
TGHH lantas menyebut " walaupun khalid tidak dilantik, dia tidak keluar jamaah. Dia tidak tubuh parti baru".
TGHH juga dengan mudah menyebut nama2 pemimpin PAS yang tidak di pilih utk jawatan besar PAS seperti Dr Daeng Sanusi, Ust Hasan Syukri, Abu Bakar Hamzah dan beberapa lagi. TGHH memuji mereka kerana setia tegus bersama PAS sehingga meninggal dunia.
Seusai saya mendengar dengan teliti dan berfikir secara waras, ini pandangan saya.
1. Sekiranya Khalid Al Walid keluar jamaah ketika itu, Khalid di kira murtad. Ketika itu hanya ada satu jamaah iaitu jamaatul muslimin yang di pimpin oleh Umat Al- Khattab. Sila rujuk hadith berkenaan Jamaatul Muslimin.
2. Ketika itu juga, Khalid bukan kecewa kerana tidak dilantik. Bahkan menerima Abu Ubaidah Al Jarrah sebagai penggantinya. Tindakan Umar adalah bagi membendung kepercayaan yang jika khalid ada, tentera Islam pasti menang. Sila rujuk Fiqh Sirah Ramadan Buti
3. Saya kira amat jauh sekali untuk Khalid menubuhkan parti baru kerana waktu itu hanya ada khilafah Islam. Parti yang berdaftar bawah ROS tak wujud lagi. Bahkan ROS pun tak wujud lagi. Rujuk perlembagaan Malaysia untuk akta penubuhan parti dan pertubuhan.
4. Maka menjadikan sejarah Khalid Al Walid untuk menerangkan bahawa tidak bersama PAS sekiranya tidak di pilih memegang jawatan adalah salah. Menjadikan khalid sebagai subjek contoh untuk mengatakan PAS hanya pilihan ketika ini dan sekiranya keluar boleh jatuh murtad adalah salah. Sila baca dua kali ayat ini sebelum anda melatah.
5. Pimpinan yang masih kekal dalam PAS walaupun sudah tidak dipilih adalah hal peribadi mereka. Mungkin mereka antara org terawal membina PAS ( Contoh Ust Hasan Syukri yang membangunkan PAS setelah PAS ditendang dari UMNO- boleh rujuk kisah ini dengan orang2 markaz taman Melewar). Begitu juga dengan Pak Subki yang naik dalam PAS tidak mengikut acuan tarbiyah ( Boleh Rujuk Buku beliau Propagandis Zaman). Mereka mempunyai jasa yang sangat besar dalam PAS ketika PAS bukan parti pilihan.
6. Dengan ini, saya sangat tidak BERSETUJU dengan hujah TGHH yang menjadikan sejarah Khalid Al Walid untuk di samakan dengan keadaan semasa yang melanda PAS sekarang.
7. Cukuplah menjadikan Ikhwan Muslimin atau Parti Refah atau Partai PKS atau mana2 parti Islam yang berhadapan dengan ahli yang keluar meninggalkan parti mereka lalu menubuhkan Parti baru. Saya pernah jumpa satu buku yang ditulis oleh bekas ahlinya yang mendakwa Ikhwan Muslimin ada menyeleweng dana tertentu dalam jamaah mereka. ( Masa itu saya tidak percaya kerana saya melihat ikhwan ini parti untuk org2 alim di mesir).
8. Saya mengalakkan perbahasan di kalangan ahli agama dan ahli PAS yang masih cerdik ( bukan ahli PAS yang kurang membaca dan mentalaah) untuk mendengar ucapan TGHH ini dan cuba membahas dari pelbagai aspek. ~ sumber
Demikianlah Artikel PENDAPAT HAHA BOLEH DISANGGAH.
Sekianlah artikel PENDAPAT HAHA BOLEH DISANGGAH. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENDAPAT HAHA BOLEH DISANGGAH. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pendapat-haha-boleh-disanggah.html