Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini?

Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini?
link : Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini?

Baca juga


Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini?


'Biar parti menentukan sama ada saya akan kekal di sini mahupun dipindahkan ke tempat lain.'



Itu reaksi Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin apabila diajukan soalan mengenai kononnya beliau akan diletakkan di kerusi Dun Kajang pada PRU14 akan datang bagi menggantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Norlela berkata, beliau hanya akur dengan arahan kepimpinan parti yang sudah pasti memikirkan sesuatu yang terbaik untuk karier politiknya.

“Saya hanya mahu jalankan tanggungjawab kepada rakyat jika dipilih sekali lagi. Soal kerusi Penanti mahupun tempat lain, biar ditentukan nanti. Sejujurnya banyak lagi perancangan yang saya mahu buat di Penanti dan harap ia dapat direalisasikan untuk kesejahteraan rakyat di sini,” katanya, semalam.

Sebelum ini beberapa media melaporkan mengenai rombakan besar-besaran akan dibuat PKR dalam meletakkan calon di negeri ini pada PRU14 akan datang.

Dikatakan, Wan Azizah akan beri laluan kepada anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk bertanding di Permatang Pauh, manakala beliau bertanding di kerusi parlimen di Selangor bagi memudahkannya lawat suami.

Penasihat Strategik Ketua Menteri, Datuk Saifuddin Nasution akan bertanding di kerusi Dun Penanti, manakala penyandangnya, Dr Norlela Ariffin akan bertanding di Dun Kajang bagi menggantikan Wan Azizah.




Mengulas lanjut, Dr Norlela berkata, banyak pembaharuan dilakukan sejak beliau menjadi Adun Penanti, malah beberapa isu kritikal yang sebelum ini membelenggu penduduk berjaya diatasi seperti isu kilang haram dan masalah banjir kilat.

Selain itu, pembangunan kemudahan awam juga menjadi perhatian utama seperti naik taraf jeti nelayan, naik taraf longkang dan parit kampung, bina dan naik taraf kemudahan sukan futsal, badminton, gimnastik street workout, baik pulih dewan JKKK, bina dewan serba guna yang ada kelas latihan serta banyak lagi.

Turut diadakan untuk golongan belia dan kanak-kanak di kawasan terbabit, kelas bola sepak percuma yang disertai 250 orang dan dilatih beberapa jurulatih berpengalaman lapor Sinar


Demikianlah Artikel Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini?

Sekianlah artikel Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah ADUN Penanti Akan Bertanding Di Kajang PRU14 Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/benarkah-adun-penanti-akan-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :