Judul : Ijtima' Antara Bangsa Perpaduan Ummah : Kelantan membangun dengan Rock Islam?
link : Ijtima' Antara Bangsa Perpaduan Ummah : Kelantan membangun dengan Rock Islam?
Ijtima' Antara Bangsa Perpaduan Ummah : Kelantan membangun dengan Rock Islam?
Kelantan akan menganjurkan Ijtima' Antarabangsa pada 20 Julai untuk selama 3 hari dengan pelbagai program menarik akan diisi.
Apa kata kalau "Membangun Bersama Islam Rock" dijadikan thema Ijtima' Antara Bangsa Perpaduan Ummah Kali ke-4 nanti?
Ini hanya cadangan sahaja sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas jasa sumbangan Konsert Rock Amal Awie di Kelantan baru-baru ini.
Lagi pula, perkara sebegini bukanlah benda yang baru bagi Pas kerana kita pernah menyaksikan ketika muktamar Pemuda Pas 31 Mei 2016, di Kelantan dimana pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.
Malah ketika sebaik tiba di lokasi muktamar di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, pemimpin parti Islam itu disambut dengan paluan rebana ubi iaitu muzik tradisional Kelantan.
Bayangkanlah... betapa segaknya nanti bila Sudin Copong, Nik Abduh dan Mohd Amar berpakaian seperti rockers dalam gambar diatas ini pada majlis tersebut! Dan ketika mereka tiba dilokasi majlis itu nanti, mereka disambut dengan muzik Rock Kapak! Huh! Hebat demo loni!
Diharap pihak penganjur tidak lupa memberi penghormatan sekali lagi dengan menjemput Imam Besar Rock Awie bersama untuk lebih memeriahkan lagi majlis tersebut.
Apakah ini tanda-tanda keruntuhan PAS Kelantan?
Tular di media sosial, konsert penyanyi rock Awie berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV manakala gelek dangdut oleh artis tempatan pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan di Kampung Padang Tembesu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu.
Tular di media sosial, konsert penyanyi rock Awie berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV manakala gelek dangdut oleh artis tempatan pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan di Kampung Padang Tembesu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu.
Tindakan kerajaan negeri Kelantan membenarkan Awie yang merupakan pemilik kelab malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh menyanyi juga dianggap bertentangan dengan peringatan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelang Ramadan lalu.
Beliau melarang pembelian makanan di bazar Ramadan daripada "orang yang tidak taat pada perintah Allah" termasuklah penjual yang tidak menutup aurat dan meninggalkan sembahyang. - Malaysia Dateline
Hadith Rasulullah "apabila berlaku kemungkaran sedangkan umatku berdiam diri, ke atas mereka laknat Allah".
Gambar dan video berikut tular di media sosial. Apakah ini tanda-tanda keruntuhan PAS Kelantan?
Hasba 13531 : jika ini yg berlaku di kelantan. Ia sesuatu yg amat menyedihkn. Usaha dakwah kita sebenarnya gagal
Zulkiply Harun: Ada yang menyatakan tarian dangdut itu bukan di majlis konsert rock awie, namun ia berlaku di Kg Berangan Kelantan. Namun ia masih di dalam negeri Kelantan dan walaupun di kawasan persendirian ia untuk tontonan orang ramai. Tajuk kami di atas ialah mengenai KELANTAN, bukan sekadar merujuk kepada rock Awie shj.
don fazley : ini semua anjuran DAP.jangan fitnah olamak kami..Mana mungkin Al FAdil Tuan Guru Sudin al copong subahat dgn benda2 lagho camtu.
Kredit kepada sahabat blogger - Greenboc!
Kredit kepada sahabat blogger - Greenboc!
Demikianlah Artikel Ijtima' Antara Bangsa Perpaduan Ummah : Kelantan membangun dengan Rock Islam?
Sekianlah artikel Ijtima' Antara Bangsa Perpaduan Ummah : Kelantan membangun dengan Rock Islam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ijtima' Antara Bangsa Perpaduan Ummah : Kelantan membangun dengan Rock Islam? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/ijtima-antara-bangsa-perpaduan-ummah.html