Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza

Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza
link : Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza

Baca juga


Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza


 KUALA LUMPUR: Tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat awal pagi semalam nyata memberi impak kepada pengurusan institusi pondok dan tahfiz di negara ini.

Ini ditambahkan lagi dengan timbul beberapa isu mengenai sekolah agama dan tahfiz persendirian yang ‘tumbuh’ di merata tempat.

Pelbagai isu berbangkit termasuk kebakaran, kes penyeksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan ditimbulkan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status di Facebooknya menjelaskan tragedi pusat tahfiz pernah dibangkitkan beberapa bulan lepas.

Menurutnya, pelbagai perkara yang perlu diambil berat dalam pemilihan pusat tahfiz ini termasuk tenaga pengajar, pengetahuan asas agama dan kualiti sekolah tersebut.

“Ibubapa hendaklah sedar, bahawa anak-anak kita membesar dan akan hidup di era ini. Era yang penuh dengan cabaran terhadap agama dan menuntut kemampuan memahami teks dalam konteks yang betul.

“Justeru itu, pendidikan agama yang baik hendaklah diseimbangkan dengan keperluan cabaran masa kini. Demikian, amat penting untuk difahami bahawa menjadi ilmuwan agama bukan sekadar menghafal nas dan bernasyid semata, tetapi hendaklah mampu memahami apa yang dihafal dan dapat menghuraikan makna Islam selaras dengan tuntutan semasa,” katanya.

Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza turut mengingatkan ibu bapa bahawa bukan semua yang dipanggil ‘ustaz’ mempunyai kualiti bahasa Arab dan bagus pengetahuan agamanya.

Menurutnya, gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu bersifat maksum, sehingga dengan mudah mempercayainya tanpa penelitian dan siasatan.

Beliau menjelaskan terdapat sekolah tahfiz swasta yang mengikut peraturan dan kualiti iaitu diukur dengan kualiti kelulusan guru, sukatan pelajaran dan persekitaran pembelajaran.

Jelasnya, secara umumnya sekolah agama atau tahfiz di bawah Kementerian Pendidikan adalah diurus tadbir dengan baik dari sudut kualiti pelajaran.

“Namun tidak boleh dinafikan terdapat sekolah agama dan tahfiz diwujudkan tanpa melengkapi keperluan yang sepatutnya. Sebahagiannya hanya kerana semangat ‘ustaz-ustaz’ tertentu yang ingin menubuhkan sekolah sendiri di atas pelbagai tujuan peribadi lalu diwujudkan sekolah mereka sendiri sekalipun tidak memenuhi keperluan pendidikan yang sepatutnya.

“Ada ustaz dia sendiri gagal dahulunya dalam pendidikan, akhirnya membuka sekolah sendiri tanpa memiliki sijil ataupun latihan pendidikan yang sepadan. Apakah lagi untuk memiliki diploma atau sijil perguruan. Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan dan kaedah ataupun pedagogi pengajaran,” katanya.

Namun, Mohd Asri turut menjelaskan ada kewujudan sekolah yang tidak berkualiti kerana mahu menjimatkan kos gaji guru dengan mengambil sesiapa sahaja untuk mengajar.

“Maka tenaga pengajar yang tidak cekap, tidak berpengalaman dan ‘bidan terjun’ ataupun ‘tangkap muat’ mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Individu yang tidak begitu tahu Bahasa Inggeris mengajar Bahasa Inggeris, yang tidak mahir matematik mengajar matematik, sains, sejarah dan seterusnya. Sebahagian mereka bekerja ini hanya sementara menunggu peluang pekerjaan lain, maka tahap tanggungjawab juga rendah,” katanya.

Beliau berkata, ada juga pemilik sekolah tahfiz yang menubuhkan sekolah mereka untuk kepentingan diri sendiri dengan mengutip derma dan sumbangan.

Menurutnya, ini membuatkan pemilik tahfiz hidup mewah dengan sumbangan orang ramai sementara sekolah berada dalam keadaan daif.

“Lebih dukacita lagi, ada yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma sehingga kita lihat, anak-anak tahfiz di lebuh raya, kedai makan, pasaraya dan seumpamanya untuk mengutip wang daripada orang ramai.

“Akhirnya yang menjadi mangsa ialah ibu bapa dan anak-anak Muslim yang ingin mencari ilmu agama tetapi tersalah tempat kerana ‘sangkaan’ baik kepada pusat-pusat tahfiz ataupun sekolah agama yang sedang tumbuh bagaikan cendawan ini,” katanya.

Beliau berharap, bagi menyelamatkan masa depan anak-anak umat Islam, perkara ini hendaklah diteliti dan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab. – sumber

Komen al-Husseyn :

Kenyataan MAZA diatas ini tentu membuat para lebai yang membuka pusat tahfiz atau sekolah agama cara semborono sahaja sebagaimana yg diterangkan diatas itu akan naik hanigin satu badan..... Lihatlah contoh di bawah ini :



Demikianlah Artikel Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza

Sekianlah artikel Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tersalah pilih akhirnya ibu bapa dan anak-anak jadi mangsa, kata Dr Maza dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/tersalah-pilih-akhirnya-ibu-bapa-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :