Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar

Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar
link : Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar

Baca juga


Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan peruntukan kawasan bagi wakil rakyat parti itu tidak dapat dikeluarkan buat masa ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh pejabat daerah. 
 
Beliau berkata, perkara itu menyebabkan program PAS terpaksa dihentikan sementara ataupun wakil rakyat PAS perlu menggunakan sumber kewangan peribadi untuk melaksanakan program yang direncanakan. 
 
Malah Iskandar mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa beliau tetap berpegang dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali bahawa kerajaan negeri tidak menyekat peruntukan berkenaan sebaliknya ia disebabkan masalah teknikal. 
 
"MB kata bukan beku tapi ada masalah teknikal. Saya pegang dengan kata-kata MB itu dan harap perkara dapat diselesaikan secepat mungkin.
 
"Sekarang program-program ADUN PAS terpaksa diberhentikan atau perlu menggunakan duit peribadi.
 
"Tuntutan dari pembekal-pembekal untuk program yang telah dijalankan juga tidak dapat dibayar sehingga peruntukan dilepaskan," katanya dalam mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.
 
Ketika ditanya sama ada masalah itu dihadapi oleh ADUN PAS sahaja, jawab Iskandar: "Saya tak tahu. Saya tak tanya ADUN lain." 
 
Desas-desus sekatan peruntukan kepada semua 13 ADUN PAS Selangor dan lima penyelaras DUN oleh kerajaan negeri sudah mula bertebaran hujung tahun lalu.
 
Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan meminta Azmin mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat PAS disekat.
 
Sallehen juga tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor minggu ini jika isu pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.
 
Azmin sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal.
 
Mengulas kenyataan Sallehen, jawab Iskandar, ia adalah hak pemimpin itu selaku Pesuruhjaya PAS Selangor. 




Demikianlah Artikel Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar

Sekianlah artikel Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/program-pas-selangor-terpaksa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :