Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri

Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri
link : Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri

Baca juga


Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri


 PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berkata gabungan pembangkang itu sudah menyelesaikan pembahagian kerusi di empat negeri. 

Beliau berkata bagi negeri-negeri yang masih belum menyelesaikan pembahagian kerusi, mereka mempunyai masa sehingga hujung minggu ini untuk berbuat demikian. 

 “Bagi kerusi di peringkat negeri kita masih ada beberapa kawasan yang masih belum diputuskan. 

 “Kita sudah bersetuju kerusi negeri akan ditentukan pada hujung minggu ini dan sekiranya tidak, Majlis Presiden yang akan ditentukan,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini. 

 “Selepas Majlis Presiden membuat keputusan, semua parti mestilah menerimanya.” 

 Dr Mahathir bagaimanapun enggan menamakan empat negeri tersebut. 

 “Jika saya beritahu, awak akan beritahu Najib,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.

 Pada sidang media sama, Dr Mahathir berkata PH tidak terikat dengan kenyataan pemimpinnya mengenai manifesto dan hanya yang secara realistik dapat dilaksanakan saja akan ditawarkan. 

 “Kita sedar sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin Pakatan Harapan yang telah buat kenyataan tertentu.

 ”Kita tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya tidak dapat dilaksanakan oleh kita apabila kita menerajui kerajaan,” katanya. 

 Dr Mahathir berkata PH sedang membuat pindaan kepada manifesto sebelum dilancarkan tidak lama lagi. 

 “Kita sudah membuat 60 janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat. 

 ”Tetapi kita tentukan keupayaan kita untuk melaksanakan sesuatu kita sedar bahawa tindakan Najib Razak meletakkan kerajaan dalam keadaan kekurangan kewangan kerana kita perlu bayar hutang dan sebagainya. 

 “Oleh itu kita berpendapat kewangan kerajaan mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan sebab itu kita akan membuat janji setakat yang mampu saja dan kita akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi,” katanya. – 20 Februari, 2018. ~ Themalaysianinsight


Demikianlah Artikel Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri

Sekianlah artikel Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/02/pakatan-selesai-pembahagian-kerusi-4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :