Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu

Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu
link : Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu

Baca juga


Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu

Zamihan Mat Zin bersedia bersemuka dengan Anwar Ibrahim,
Nurul Izzah dan Mat Sabu untuk memberi pencerahan
berhubung isu tersebut. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berbaur lucah mengenai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. 

 “Siapa peguam Faizal Rahman ni? Adalah beliau seorang yang tsiqah untuk meriwayatkan kata-kata saya melalui pihak ke-3? Orang tu kata… orang tu kata… Apakah peguam ini tidak pandai menggunakan bukti yang asli atau bertanyakan saya terlebih dahulu. 

 “Kenapa dia mengaitkan saya menuturkan perkataan lucah? Sedangkan saya tidak pernah menuturkan kata-kata sedemikian dalam ceramah berkenaan? 

“Kenapa peguam ini begitu simplistik mengaitkan saya dengan para pemimpin kerajaan kita? Sila berikan satu ayat yang menunjukkan saya mengutuk atau mencetus kebencian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan Abang Mat Sabu (Mohamad Sabu) dalam ceramah Nuzul al-Quran itu,” tulisnya di Facebook. 

 Semalam dilaporkan, Faizal yang mewakili 5 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), berkata siasatan segera perlu dilakukan terhadap Zamihan susulan 5 laporan polis yang mendakwa penceramah itu mengeluarkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk membuat serangan peribadi ke atas pemimpin Pakatan Harapan. 

 Keluarga tahanan mendakwa Zamihan berkata perbuatan memasukkan kamera ke dalam lubang dubur tidak membatalkan puasa “tetapi akan nampak Mat Sabu dan Nurul Izzah dalam lubang dubur tersebut”. 

 Zamihan yang ditugaskan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan program pemulihan tahanan Sosma berkata demikian semasa program sempena Nuzul Quran di Penjara Sungai Buloh pada 31 Mei lalu. 

 Zamihan berkata beliau bersedia bersemuka dengan peguam terbabit dan pemimpin yang dikaitkan dalam ucapannya itu. 

 “Saya bersedia untuk bersemuka dengan peguam Faizal, semua tahanan, Anwar, Nurul Izzah dan Abang Mat Sabu untuk memberi pencerahan isu fitnah ini. Berani kerana benar dan takut hanya kepada Allah. 

 “Saya beri tempoh kepada Faizal untuk menyelesaikan isu ini secara baik. Atau pilihan berdepan di mahkamah dunia. Saya juga bersedia bila-bila masa sahaja untuk membuat laporan polis demi maruah diri dan reputasi saya selaku penjawat awam.” 

 Tahun lepas beliau mengundang kontroversi selepas mengkritik pendirian Sultan Johor berhubung kedai dobi khas untuk orang Islam, dan kerana membuat kenyataan menghina mengenai tahap kebersihan orang Cina. 

 Beliau ditahan dan disiasat kerana menghasut, dan ditempelak oleh Sultan Johor dan Selangor. 

 Ketika membatalkan tauliah mengajarnya, Sultan Selangor memanggil beliau seorang rasis, sementara Sultan Johor menyifatkan beliau “tin kosong”. 

Zamihan memohon maaf atas kenyataannya tetapi mengugut menyaman FMT kerana mendakwa ucapannya disalah petik. ~ freemalaysiatoday


Demikianlah Artikel Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu

Sekianlah artikel Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nafi ucapan lucah, Zamihan sedia jumpa Nurul Izzah, ‘Abang’ Mat Sabu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/06/nafi-ucapan-lucah-zamihan-sedia-jumpa.html

Subscribe to receive free email updates: