Judul : Malaysia Di Tangga Ke-3 Negara Paling Ramai 'Sugar Daddy' Kerana Pandemik?
link : Malaysia Di Tangga Ke-3 Negara Paling Ramai 'Sugar Daddy' Kerana Pandemik?
Malaysia Di Tangga Ke-3 Negara Paling Ramai 'Sugar Daddy' Kerana Pandemik?
Memetik laporan dari AGENSI, Berita Harian melaporkan Malaysia berada di kedudukan ketiga dengan 42,500 'Sugar Daddy' dalam kalangan negara Asia di belakang Indonesia dengan 60,250 orang.
Manakala India mengungguli senarai 10 teratas di Asia dengan 338,000 atau 61 peratus daripada jumlah keseluruhan 556,000 'sugar daddy' di rantau ini, menurut tinjauan oleh laman sesawang temu janji terbesar di dunia, SeekingArrangement.
Firma temu janji itu, dalam satu kenyataan, berkata negara dengan kadar pendidikan tinggi terbukti lebih rentan terhadap aliran ini berikutan pelajar dibebani hutang.
Dikatakan Malaysia mencatat hutang tertunggak pinjaman pelajar sebanyak RM39 bilion pada 2018.
Menurut laporan itu, keputusan yang sama dicatatkan di Korea Selatan dan Jepun, di mana masing-masing mencatat 90 peratus dan 76 peratus dari segi keutamaan terhadap pendidikan tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement, Brandon Wade, berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir mendorong lebih banyak wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan.
Selepas Malaysia, Jepun berada di tempat keempat dengan 32,500 'sugar daddy' diikuti Hong Kong di tempat kelima (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000), Sri Lanka (5,000) dan Kemboja (3,500)
Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.
PETALING JAYA: Peningkatan kes Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan lebih ramai pelajar universiti di negara ini terjebak dalam kancah “sugar baby-sugar daddy” bagi memperoleh wang mudah untuk menampung kos sara hidup termasuk yuran pengajian.Sugarbook, platform temu janji “sugar daddy” terbesar di Asia melaporkan peningkatan 40% pelajar mendaftar untuk menjadi “sugar baby” sejak Januari, dengan menyatakan krisis kewangan dialami golongan terbabit.Platform itu turut mendedahkan senarai “top 10” universiti “sugar baby” di Malaysia di Lembah Klang termasuk dua universiti awam, dengan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan terjebak dalam kancah itu.Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook Darren Chan dalam kenyataan berkata, platform itu membantu meringankan beban pelajar berdepan masalah kewangan, pada masa sama mendedahkan mereka kepada golongan elit berpengaruh yang berpendapatan purata RM150,000.“Berkenalan dengan seseorang yang lebih berjaya atau berpengalaman datang dengan faedahnya, dan insentif kewangan adalah salah satu daripadanya. Mereka dapat berhubung dengan individu berpengaruh sekali gus melancarkan peluang kerjaya.“Menjelang Valentine’s dalam masa terdekat ini, kebanyakan ‘sugar baby’ mendapat elaun bulanan sehingga RM2,500, ini sangat membantu pelajar universiti yang berdepan situasi sukar,” katanya.Menerusi laporan Sugarbook, golongan pelajar dan graduan menduduki tangga pertama paling ramai menjadi “sugar baby”, diikuti usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.Sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, semua universiti awam dan swasta terpaksa ditutup, dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam talian.Bagaimanapun, yuran pengajian universiti tetap sama, terbukti menjadi salah satu beban yang paling mencabar bagi kebanyakan keluarga lapor FMT
Apa dah jadi dengan negaraku ini??
Demikianlah Artikel Malaysia Di Tangga Ke-3 Negara Paling Ramai 'Sugar Daddy' Kerana Pandemik?
Sekianlah artikel Malaysia Di Tangga Ke-3 Negara Paling Ramai 'Sugar Daddy' Kerana Pandemik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia Di Tangga Ke-3 Negara Paling Ramai 'Sugar Daddy' Kerana Pandemik? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/malaysia-di-tangga-ke-3-negara-paling.html