Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh?link :
Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh?
Baca juga
Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh?

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang membantah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah.
Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Sabtu lalu, Zahid dilaporkan berkata, gabungan itu sanggup meredah banjir untuk berkempen, jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh. Kenyataan itu kemudian dikritik pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Zahid dalam catatan Facebook hari ini berkata, oleh itu pembangkang menghasut rakyat akan terdedah kepada banjir jika PRU15 diadakan tahun ini.
“Mereka lupa bekas PM terakhir mereka, Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mengadakan PRU pada November 1999, tak pula jadi isu besar.
“Terbaharu, tahun lepas, PRN Sarawak diadakan pada 18 Dis 2021. Pembangkang pula tewas teruk.
“Ternyata pembangkang sebenarnya takut mereka kalah kerana kepercayaan terhadap PH hilang apabila Dr Mahathir Mohamad tak mahu serah jawatan kepada Anwar Ibrahim, selain manifesto mereka gagal dilaksanakan.”
Oleh itu, katanya, pembangkang memerlukan masa untuk menghasut rakyat agar tidak mengundi BN, dengan jelajah PH masih “sekerat jalan” dan dijangka berakhir Februari depan.
“BN tidak akan memberikan hayat politik terhadap PH dan musuh BN untuk memberikan mereka kelebihan menyelesaikan jelajah memburukkan BN hingga ke tahun depan.”
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengkritik Zahid atas kenyataannya mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh, dengan berkata presiden Umno itu tidak peka dengan masalah mangsa banjir.
Banjir yang melanda negara pada akhir tahun lalu meragut 55 nyawa, dengan lebih 500,000 orang hilang tempat tinggal. Kerugian akibat infrastruktur awam, rumah dan pertanian yang musnah mencecah lebih RM6 bilion.
Jabatan Meteorologi menjangkakan musim tengkujuh bermula November dan berterusan hingga Mac depan lapor
FMT
Demikianlah Artikel Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh?
Sekianlah artikel Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid Akui PH Akan Menang Jika PRU Lepas Tengkujuh? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/zahid-akui-ph-akan-menang-jika-pru.html