'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu'

'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu'
link : 'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu'

Baca juga


'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu'

SINAR HARIAN


Anina Saaduddin
Anina Saaduddin


SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor digesa mengisytiharkan hartanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pihak lain.

Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin turut mempersoalkan jumlah harta yang dimiliki oleh Tengku Adnan sehingga beliau merasa takut untuk mendedahkan asetnya kepada orang ramai.

“Nasihat saya kepada Ku Nan, daripada beliau cuba nak mencabul tentang fikiran saya, lebih baik beliau isytihar dulu harta-hartanya.

“Banyak sangat kah hartanya sehingga susah nak diisytiharkan?” soalnya dalam satu kenyataan.

Rabu lalu, Anina mengumumkan untuk menarik balik tiga kes mahkamah berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tengku Adnan yang dibuat dahulu atas kapasiti sebagai ahli Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anina tarik balik tiga kes mahkamah]

Susulan penarikan saman tersebut, Tengku Adnan memaklumkan semalam bahawa tindakan Anina tersebut adalah kerana sedar pihaknya akan kalah.

Menyentuh mengenai perkara itu, Anina berkata saman ke atas Najib dibawa ketika beliau masih menjadi ahli Umno manakala saman kepada Tengku Adnan pula adalah bagi mendapatkan semula keahlian Umno setelah pihaknya dipecat.

“Kini saya telah menjadi ahli jawatankuasa penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan kes saman yang terdahulu ketika bermula sebagai ahli Umno sudah tidak relevan lagi.

“Sebagai contohnya, apa asas saya untuk menuntut keahlian Umno diberikan semula kepada saya, sedangkan saya kini adalah ahli Protem Penaja Bersatu,” katanya.

Selain itu, Anina memaklumkan bahawa tiada asas untuknya mendesak Najib memulangkan baki RM2.6 bilion tersebut kepada Umno sedangkan dia kini bersama landasan Bersatu.

Ujar Anina, sekiranya pihaknya tidak yakin untuk menang dalam kes saman itu, isu-isu tersebut tidak perlu dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan hanya boleh berhenti sehingga di Mahkamah Tinggi sahaja.

“Biarlah ahli Umno perjuangkan sendiri hak wang parti mereka.

“Saya kini bersama Protem Penaja Bersatu dan perjuangan saya jauh lebih besar sekarang,” katanya.




Demikianlah Artikel 'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu'

Sekianlah artikel 'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/lebih-baik-ku-nan-isytihar-hartanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :