Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak..

Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak..
link : Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak..

Baca juga


Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak..


Pemimpin gerakan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dengan memfailkan laporan polis mendakwa mempunyai maklumat yang mengaitkan BERSIH dengan kumpulan pengganas IS.


Lebih mengejutkan, menurut Jamal yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, maklumat itu datangnya daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, Rafizi, dalam satu kenyataan media, menafikan dakwaan Jamal dan menyifatkan beliau sebagai "badut paling besar dalam Umno".

Bercakap pada pemberita di luar ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas memfailkan laporannya,

Jamal pada mulanya enggan menjawab ketika ditanya bagaimana dirinya mempercayai maklumat itu sedangkan majoriti ahli jawatankuasa pemandu BERSIH adalah bukan Islam.

Diasak mengenai jumlah ahli jawatankuasa pemandu yang didakwa diserapi oleh IS, Jamal berkata tidak perlu baginya untuk memberikan butiran.

"Biar polis yang buat kenyataan. Dan sesetengah maklumat ini saya dapat daripada (Setiausaha Agung PKR) Rafizi," katanya.

Minggu lalu, BERSIH menafikan dakwaan itu dan berkata pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Jamal dan mereka yang membuat tuntutan tersebut.

Sementara itu, Rafizi mendakwa kepimpinan Umno sekarang “pening kepala bagaimana nak matikan badut yang makin tidak lucu ini”.

“Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal. Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal.

“Jamal mengarut, sebab itu jawabnya juga mesti mengarut. Melayan Jamal adalah membuang masa, saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal. Sekarang Jamal sudah rasa di selebriti, kan dah sudah kita,” katanya lapor MalaysiaKIni


Demikianlah Artikel Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak..

Sekianlah artikel Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/jamal-cuba-lagakan-rafizi-dan-bersih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :