Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari

Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari
link : Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari

Baca juga


Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan selepas ditahan reman dua hari. 
 
Beliau dilihat keluar daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
 
Semalam, beliau dikenakan tahanan reman selama 48 jam selepas ditahan setibanya dari Dubai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Penahanan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang dimuat naik di laman sosial Facebook serta beberapa insiden di Sabak Bernam.
 
Jamal disiasat mengikut seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan melakukan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
 
Sementara itu, beliau mewakili gerakan 'Baju Merah' berikrar untuk memerangi BERSIH 5 secara habis-habisan.
 
"Saya isytihar perang habis-habisan dengan BERSIH 5. Penahanan ini tidak melemahkan semangat saya," katanya kepada pemberita selepas dibebaskan.
 
Malah beliau mendakwa tahanan reman yang dikenakan ini sebagai tindakan pilih kasih.
 
"Penahanan saya double standard. Penahaan polis terhadap saya tidak boleh diterima. Penahanan ini satu penganiayaan terhadap saya.
 
"Penahanan saya ketika saya pulang dari KLIA sangat mendukacitakan terhadap saya dan keluarga saya," tambahnya.
 
 


Demikianlah Artikel Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari

Sekianlah artikel Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/jamal-yunos-dibebas-selepas-direman-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :